KUALA LUMPUR: Selepas enam bulan berehat susulan pembedahan jantung, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal bertanding di Liga Juara-Juara Trek Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 12 November-3 Disember ini.
Azizulhasni menerusi akaun Twitter rasminya berkata beliau diundang oleh UCI untuk menyertai kejohanan Sprint League yang akan bermula di Mallorca, Sepanyol pada 12 November, diikuti di Berlin, Jerman (19 November), Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis (26 November) serta dua perlawanan di London, United Kingdom pada 2 dan 3 Disember.
"Saya tidak sabar untuk mengenakan semula pakaian lumba dan beraksi di hadapan anda semua," katanya.
Antara 18 pelumba yang akan bertanding pada perlumbaan itu adalah juara Olimpik Harrie Lavreysen dari Belanda, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 Matthew Richardson dari Australia dan bekas juara dunia Stefan Botticher dari Jerman.
Kejohanan itu adalah perlumbaan sulung "The 'Pocket Rocketman" itu selepas menyumbang perak buat Malaysia menerusi acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lepas.
Pelumba berusia 34 tahun dari Dungun itu akan kembali berlatih selepas menjalani proses pemulihan selama enam bulan susulan pembedahan jantung pada April.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Mohd Azizulhasni bakal bertanding di Liga Juara-Juara Trek Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 12 November-3 Disember ini. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
Azizulhasni gagal dalam misi raih podium Kejohanan Berbasikal Trek Dunia
Laluan Azizulhasni tersekat selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat.
Azizulhasni diyakini mampu lakar sejarah peroleh emas di Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dilihat mampu melakar sejarah untuk menamatkan penantian pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni, Pandelela calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong tersenarai sebagai calon Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.
Nurul Izzah mahu jadi sehebat Mohd Azizulhasni
Gadis berusia 19 tahun itu berkata menjuarai Kejohanan Dunia dan memenangi pingat di Sukan Olimpik adalah pencapaian yang disasarkan dalam kariernya.
Mohd Azizulhasni rancang bersara selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Ia akan menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu.
Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.
KBS sedia bantu Azizulhasni, Shah Firdaus dapatkan suntikan vaksin di Australia
Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.