Jaguh pelumba negara, Azizulhasni Awang berjaya membuktikan bahawa saiz fizikal yang kecil bukan penghalang untuk bergelar juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong semalam.
Azizulhasni yang terkenal dengan nama jolokan 'The Pocket Rocketman' berkata beliau tidak pernah berputus asa selama berusaha 10 tahun walaupun akur bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba luar negara yang mempunyai saiz tubuh badan lebih tinggi dan fizikal besar.
"Setiap hari semasa sesi latihan, saya berusaha keras ke tahap maksimum. Orang mengatakan saya tidak boleh berjaya dalam sukan ini kerana saiz fizikal saya. Saya tahu saya bersaing dengan mereka yang bertubuh sasa dan berbadan besar," katanya dalam laman Instagram Azizulawangofficial.
Azizulhasni berkata kemenangan itu juga merupakan detik manis sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau hanya memperoleh pingat perak pada 2010 dan pingat gangsa pada 2015 dan 2016.
Pelumba kelahiran Terengganu itu juga pernah memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park, malam Khamis.
Azizulhasni berkata selain berusaha dalam latihan beliau juga tidak pernah berputus asa berdoa untuk mencapai kejayaan itu.
"Malam yang sukar saya percayai. Saya berusaha keras untuk merebut gelaran dunia ini. Saya pernah mendapat gangsa dan perak dua kali serta kalah hanya beberapa milimeter tetapi tidak pernah berputus asa. Saya percaya jika saya terus bekerja keras dan yakin pada diri sendiri, masa saya akan tiba.
"Saya berdoa kepada Allah setiap hari supaya menganugerahkan kemenangan ini. Saya yakin Allah mendengar, dan kini Hong Kong adalah saksi kepada sejarah yang dilakar.
Akhirnya matlamat saya untuk menjadi juara dunia menjadi kenyataan, " katanya.
Azizulhasni turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sentiasa memberikan sokongan dan memberikan inspirasi untuk beliau menjadi seorang atlet yang cemerlang serta contoh kepada generasi muda.
"Terima kasih atas kata-kata semangat terutama sebelum perlumbaan dan saya berpegang kepada janji saya terhadap YB untuk membawa pulang Rainbow Jersey. Saya kini juara dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2017
Azizulhasni berkata kemenangan itu juga merupakan detik manis sepanjang kariernya kerana sebelum ini beliau hanya memperoleh pingat perak pada 2010 dan pingat gangsa pada 2015 dan 2016. - Foto Bernama
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.