KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.
Kejayaan diraih 'The Pocket Rocketman' pada majlis berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, sekali gus menyaksikannya muncul atlet lelaki paling banyak meraih Olahragawan Kebangsaan selepas berjaya merangkul gelaran itu pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.
Pencapaian dilakar pelumba berusia 35 tahun itu mengatasi legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Rashid Sidek serta bekas jaguh bina badan negara Sazali Samad, yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.
Mohd Azizulhasni mencatat kejayaan membanggakan pada 2021 selepas merangkul perak keirin lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain menguasai acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Elit Victoria serta perak bagi keirin dalam Kejohanan Victoria 2021 di Australia.
Bekas juara dunia itu mengetepikan saingan terdekat iaitu pemenang gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong pula kembali dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan, yang juga gelaran keempat buatnya selepas kali terakhir meraihnya pada 2015.
Pandelela, yang pernah merangkul Olahragawati Kebangsaan pada 2011 dan 2012 selain muncul juara Piala Dunia 2021 acara 10 meter (m) individu platform di Jepun, menewaskan dua pemain skuasy Rachel Arnold dan Aifa Azman, Meilaura Dora Jimmy (bina badan) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai).
Dalam pada itu, kejayaan muncul atlet powerlifting negara pertama merangkul emas di pentas Sukan Paralimpik selain memecahkan rekod temasya di Tokyo melayakkan pemegang rekod dunia Bonnie Bunyau Gustin menerima gelaran Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2021 manakala perenang Brenda Anellia Larry diberikan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2021.
Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.
Walaupun gagal merangkul Olahragawan Kebangsaan, Aaron-Wooi Yik tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Pasukan Lelaki Kebangsaan 2021 manakala Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar daripada sukan boling muncul Pasukan Wanita Kebangsaan 2021.
ASN 2021 turut mengiktiraf pencapaian jurulatih powerlifting, Jamil Adam dan jurulatih boling negara, Wendy Chai De-Choo yang masing-masing dianugerahkan Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan manakala Anugerah Tokoh Sukan pula diberikan kepada Datuk Norminshah Sabirin.
Majlis yang berlangsung meriah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.
Berikut ialah senarai penuh penerima pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021:
Olahragawan Kebangsaan - Datuk Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
Olahragawati Kebangsaan - Datuk Pandelela Rinong (terjun)
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Brenda Anellia Larry (renang)
Pasukan Lelaki Kebangsaan: Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton)
Pasukan Wanita Kebangsaan: Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar (boling)
Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Jamil Adam (powerlifting)
Jurulatih Wanita Kebangsaan - Wendy Chai De-Choo (boling)
Anugerah Tokoh Sukan - Datuk Norminshah Sabirin
Anugerah Kepimpinan Sukan - Huang Ying How
Anugerah Khas - Mohd Zaki Abd Rahman, Subkhiddin Mohd Salleh, Chan Foong Keong
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama penerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang (dua, kiri) dan Datuk Pandelela Rinong Anak Pamg (dua, kanan) hari ini. Foto BERNAMA
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Azizulhasni terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut
Azizulhasni mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.