awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni kembali jalani latihan bersama skuad kebangsaan

Astro Arena
Astro Arena
27/09/2022
00:00 MYT
Azizulhasni kembali jalani latihan bersama skuad kebangsaan
Azizulhasni gembira dengan kepulangannya sambil mengakui perlu bermula semula secara sedikit demi sedikit. - Foto fail/BERNAMA
LIMA bulan selepas menjalani pembedahan jantung, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, akhirnya kembali menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan.
Azizulhasni, yang ditemui di Velodrom Nasional, Nilai pada Isnin, gembira dengan kepulangannya sambil mengakui perlu bermula semula secara sedikit demi sedikit sebelum dapat mengerahkan seluruh kudratnya dalam latihan.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata: "Alhamdulillah, ini merupakan sesi latihan pertama saya di Malaysia.
"Saya datang untuk berlatih bersama pasukan kita yang sedang dalam persiapan untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Paris.
"Malangnya, saya tidak dapat menyertainya kali ini tetapi amat bagus untuk dapat bersama mereka dan memberikan sokongan moral.
"Cuma, latihan yang seperti kebiasaan saya lakukan di Melbourne sebelum ini perlu dilakukan secara berperingkat daripada keamatan yang rendah ke keamatan yang sederhana. Saya masih belum dapat memberikan 100 peratus.
"Seminggu sebelum pulang ke sini, saya ada melakukan ujian dengan doktor dan baru sahaja diberikan lampu hijau untuk menjalani latihan.
"Cuma saya perlu mengambil masa dan tidak boleh memberikan sepenuhnya seperti biasa.
"Jika diikutkan hati memang saya mahu, cuma saya perlu berhati-hati dan melihat keadaannya," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#skuad kebangsaan
#latihan
#Velodrom Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan