awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni prospek emas Sukan Olimpik 2020 - Syed Saddiq

Bernama
Bernama
22/10/2019
21:43 MYT
Azizulhasni prospek emas Sukan Olimpik 2020 - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu memang adalah antara prospek pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas merangkul gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. - Astro AWANI
Kejayaan Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan, hari ini, memberi gambaran bahawa tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan jaguh trek negara berusia 31 tahun itu itu sebagai seorang berjiwa kental dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Beliau berkata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu memang adalah antara prospek pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas merangkul gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
"Azizul ini seorang yang sangat fokus, saya rasa dia mampu melakukan sesuatu di Olimpik tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Badminton Masters Malaysia (MMBA). di sini pada Selasa.
Pelumba yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1 pada final Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Kejohanan Berbasikal Trek Asia ACC
#Malaysia
#Olimpik
#pocket rocketman
#sukan
#Syed Saddiq
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan