NILAI: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terus ghairah memburu kilauan emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023 selepas meraih pingat emas keduanya menerusi acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, di sini hari ini.
Pelumba yang digelar sebagai "The Pocket Rocketman" yang mewakili Terengganu itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba Selangor Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan pelumba Johor Muhammad Ridwan Sahrom masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada aksi penentuan pingat emas sebentar tadi.
Mengulas mengenai perlumbaan, atlet berusia 35 tahun itu berkata prestasi yang dipamerkan memberi nafas lega buatnya kerana ia membuktikan beliau masih mampu beraksi cemerlang meskipun mengalami kecederaan otot kaki kanan semasa menjalani latihan sebelum ini.
"Untuk kejohanan ini saya tak nak terlalu yakint, saya cuma buat satu per satu, daripada pusingan pertama semua okey, akhir cuma buat benda yang betul, tak nak berlaku kemalangan sebab kita banyak lagi perlumbaan," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan di sini hari ini.
Pemenang pingat perak keirin Olimpik 2020 itu berkata beliau bakal menumpukan untuk beraksi cemerlang pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa di Hong Kong yang bermula minggu depan.
Katanya, kejohanan itu merupakan medan persediaan buatnya untuk Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di sini bagi kelayakan Sukan Olimpik Paris memandangkan pelumba dari Jepun, China dan New Zealand bakal turut serta di pentas Hong Kong kelak.
"Pada masa ini saya okey, saya akan tingkatkan secara perlahan-lahan, tengok prestasi kita di Hong Kong minggu depan kita terbang (ke Hong Kong)," katanya.
Sementara itu, bintang muda meningkat naik negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sekali lagi mencipta kejutan apabila merangkul emas kedua kejohanan terbabit dalam acara keirin.
Pelumba berusia 20 tahun dari Kedah itu sekali lagi memperagakan kayuhan cemerlang meninggalkan pelumba berpengalaman Anis Amira Rosidi dari Perlis dan Nurul Alina Syafika Azlan dari Pulau Pinang yang hanya berpuas hati dengan tempat kedua dan ketiga.
"Semasa perlumbaan saya terpaksa tukar strategi sebab undian saya berada di belakang sekali, Anis Amira dah tinggalkan saya, tapi saya tak leka untuk pecut tinggalkan mereka,"
Sekarang prestasi saya dah setanding dengan Anis Amira, saya akan cuba kekalkan momentum saya untuk terus beraksi cemerlang di ACC dan Sukan Asia 2023 Hangzhou," katanya.
Dua hari lepas, Mohd Azizulhasni dan Nurul Izzah turut memperoleh emas masing-masing dalam acara pecut elit lelaki dan wanita di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Azizulhasni berkata beliau bakal menumpukan untuk beraksi cemerlang pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa di Hong Kong yang bermula minggu depan. - Gambar Bernama
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol
Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2, hari ini.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas
Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya SUKMA ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Jonah rangkul emas di All Comers, permulaan baik musim 2024
Atlet berusia 21 tahun mewakili Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak itu melakukan balingan sejauh 16.97 meter.
Pasukan olahraga MSSM raih lapan pingat emas di Perth
Pasukan negara diwakili oleh 12 pelajar sekolah menengah yang merupakan atlet terbaik dari seluruh negara dan tiga orang pegawai.
Nurul Izzah Izzati raih emas kedua di ACC India
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meneruskan rentak cemerlangnya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 dengan meraih pingat emas kedua di New Delhi, India hari ini.
Yusof terus cemerlang di India
Mohamad Yusof menumpaskan pencabarnya, Mohammaed Almarri dari Arab Saudi dalam saingan dua penjuru sekali gus menambah koleksi emas.
Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa acara pecut ACC di India
Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada ACC 2024 di New Delhi, India hari ini.