HULL CITY 1 CHELSEA 2
Cesar Azpilicueta berkata Chelsea hilang kawalan permainan ketika merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Hull City dalam saingan Piala FA, dengan mendakwa pemain-pemain terlalu mengutamakan diri sendiri berbanding objektif utama pasukan.
Pemain kelahiran Sepanyol itu beraksi 90 minit berdepan kelab Kejuaraan itu dengan membantu The Blues merakamkan kemenangan 2-1 di tempat lawan.
Chelsea mendominasi 70 minit pertama perlawananan dan seharusnya menambah lagi bilangan jaringan daripada apa yang disumbang oleh Michy Batshuayi dan Fikayo Tomori, tetapi mereka membenarkan Hull melakukan serangan dan hampir dihukum pasukan bawahan itu.
Hull mengurangkan defisit jaringan menerusi Kamil Grosicki, sepakan percumanya terkena Mateo Kovacic hingga gagal ditampan Willy Caballero, menyaksikan Tigers menemui semangat ketika perlawanan berbaki 12 minit.
Hull hampir berpeluang untuk membawa perlawanan ke aksi timbal balik, apabila Chelsea dipaksa mengerah kudrat untuk bertahan sehingga tamat permainan.
"Dengan peluang yang dimiliki, kami tidak boleh dibolosi dan perlu mengawal perlawanan dengan lebih baik," kata kapten Chelsea, Azpilicueta.
"Kami menyedari perlu mempertingkatkan lagi mutu permainan jika mahu melangkah jauh.
"Ia bukan perlawanan pertama di mana kami gagal mengurusnya dengan baik, dan pada penghujung permainan, kami sengsara dalam kotak sendiri. Chelsea perlu memperbaiki kelemahan ini."
Bercakap kepada BT Sport, Azpilicueta menambah, "Terdapat beberapa ketika kami berhenti bermain sebagai sepasukan dan mula mengutamakan aksi individu yang bukannya corak permainan pasukan dan kami telah dihukum.
"Jika kami mahu menang berdepan pasukan terbaik dan berjuang mengejar gelaran, kami perlu memperbaiki mutu persembahan."
Astro Arena
Sun Jan 26 2020
Reaksi Cesar Azpilicueta dalam perlawanan Piala FA antara Hull City dan Chelsea di Stadium KCOM, Hull, Britain, 25 Jan, 2020. REUTERS.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Ibrahimovic tidak serik buat kekasaran sia-sia
Di penghujung perlawanan ketika Sweden kalah kepada Sepanyol minggu lalu, Ibrahimovic mengasak Azpilicueta hingga tersembam.
EPL: Chelsea catat kemenangan pertama di bawah Tuchel
Ini adalah perlawanan kedua buat Tuchel sejak dilantik menjadi pengendali The Blues.
EPL: Mason Mount bantu Chelsea raih kemenangan
Antonee Robinson dilayangkan kad merah kerana membuat asakan bahaya terhadap Cesar Azpilicueta.
Azpilicueta laung amaran kepada The Blues
Pemain kelahiran Sepanyol itu beraksi 90 minit berdepan kelab Kejuaraan itu dengan membantu The Blues merakamkan kemenangan 2-1 di tempat lawan.
Abraham balas kepercayaan Lampard, sumbang 2 gol tewaskan Norwich City
Abraham meledak gol kemenangan Chelsea menentang Norwich City.
#AWANIEuropa: Pemergian Hazard akan beri kesan besar buat Chelsea - Azpilicueta
Pemergian Hazard ke kelab lain adalah kehilangan besar buat pasukan Chelsea yang menang enam kejuaraan bersamanya.
Gol ofsaid bantu Chelsea raih kemenangan
Gol tidak akan dikira jika VAR digunakan dalam saingan EPL musim ini.
Peluang Chelsea ke UCL semakin tipis
Berbaki enam perlawanan dan 10 mata dibelakang kedudukan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah, harapan the Blues semakin tipis.