KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara Azurin Mazlan atas tindakan berani menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, termasuk peluang keemasan pasukan tuan rumah sepanjang 90 minit aksi di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal itu.
Pada perlawanan malam ini, skuad Malayan Tigress kendalian Jacob Joseph bergelut mencari rentak permainan, sebelum Bangladesh memberi amaran awal menerusi rembatan Akhi Khatun dari luar kotak penalti pada minit kelapan, yang memaksa Azurin merebahkan badan untuk menepis bola keluar.
Bangladesh terus menguasai permainan dan hampir memecah kebuntuan pada minit ke-11, namun tampanan Masura Parvin yang menerima hantaran rakan sepasukan dalam kotak penalti, sedikit tinggi melewati palang gol.
Azurin sekali lagi bertindak cemerlang menafikan usaha Bangladesh memburu gol pembukaan selepas menepis sepakan lambung Sabina Khatun pada minit ke-17, sebelum pasukan negara akhirnya mula mendapat rentak untuk mengimbangi permainan.
Ketangkasan Azurin terus diuji pada babak kedua perlawanan, yang menyaksikan beliau menyelamatkan sepakan percuma Krishnarani pada minit ke-56, sebelum terus mengawal gawang dengan baik meskipun mengalami beberapa kecederaan, akibat pelanggaran dengan pemain lawan.
Kedua-dua pasukan buntu meledak jaringan yang dicari-cari sehingga wisel penamat dibunyikan.
Keputusan seri itu menyaksikan Malaysia gagal membawa pulang sebarang kemenangan dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Bangladesh selepas dibelasah 0-6 di venue sama, Khamis lepas.
Dua aksi persahabatan itu, adalah sebahagian persediaan menghadapi Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Filipina dari 4 hingga 17 Julai ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A dan akan memulakan kempen saingan bertemu Singapura pada 4 Julai, Indonesia (6 Julai), Filipina (8 Julai), juara terbanyak dan naib juara edisi 2019 Thailand (10 Julai) dan Australia pada 12 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022
Azurin Mazlan mempamerkan aksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad Bangladesh. - Gambar/ FAM
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Sukan SEA: Gol saat akhir Filipina 'hantar' Malayan Tigress pulang awal
Gol pada penghujung babak permainan memusnahkan impian Malaysia untuk mencipta kejutan ke atas pasukan yang beraksi di Piala Dunia.
FAM umum senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress ke Sukan SEA 2023
FAM mengumumkan senarai akhir 20 pemain skuad Malayan Tigress yang akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Isnin ini, untuk aksi di Sukan SEA yang akan berlangsung bermula Mei ini.
Malayan Tigress, skuad B-17 diingat manfaat peluang lonjak nama negara
Pasukan bola sepak wanita dan skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan diingatkan supaya memanfaatkan sebaik mungkin peluang menjalani latihan dan beraksi di luar negara sekali gus dapat melonjakkan lag
Malayan Tigress alami kekalahan ketiga di Kejohanan Wanita AFF 2022
Kali ini, skuad kendalian Jacob Joseph diaibkan 0-6 oleh skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Australia.
Hasrat Malayan Tigress mara ke separuh akhir lebur
Impian melihat skuad bola sepak wanita negara menghidupkan peluang ke saingan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 terkubur.
Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malayan Tigress tunai janji tewaskan Palestin
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malayan Tigress tunai janji tewaskan Palestin
Tewas 0-4 kepada Thailand, Malayan Tigress bermula langkah kiri
SKUAD bola sepak wanita Malaysia memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 dengan langkah kiri apabila tewas 0-4 kepada Thailand di Stadium Faisal Al-Husseini, Palestin sebentar tadi.