awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2023: Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada saingan

Bernama
Bernama
27/04/2023
23:00 MYT
BAC 2023: Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada saingan
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) tewas di tangan pasangan dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin pada pusingan kedua BAC 2023 di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, malam tadi. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit menampilkan prestasi sebenar selepas beraksi hambar dalam kejohanan musim ini terbantut selepas ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Kredibiliti pasangan nombor dua dunia dan Juara Dunia itu tercalar selepas tewas di tangan pasangan nombor 14 dunia dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin dalam perlawanan yang diheret ke set penentuan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.
Aaron-Wooi Yik pada mulanya mendominasi perlawanan seawal set pertama dengan mencatatkan kemenangan 21-14.
Bagaimanapun, pihak lawan yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 bangkit menghalang kemaraan Aaron-Wooi Yik dan memenangi set seterusnya 16-21 dan 19-21 dalam pertarungan selama 47 minit.
Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gandingan kelapan dunia, terpaksa bergelut dalam pertarungan tiga set berdepan gandingan Jepun Ayato Endo-Yuta Takei sebelum berjaya menempah slot suku akhir BAC.
Yew Sin-Ee Yi tewas 10-21 set pertama sebelum bangkit 21-15 dan 22-20 bagi menoktahkan kemenangan serta bakal berdepan ujian getir di suku akhir apabila dijadual bertemu beregu nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAC 2023
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#badminton
#Lee Yang-Wang Chi Lin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan