awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukti masih beregu nombor satu negara

Astro Arena
Astro Arena
25/08/2022
09:58 MYT
Badminton Dunia BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik bukti masih beregu nombor satu negara
Perlawanan di antara dua beregu negara itu berlangsung sengit sejak awal aksi. - Stadium Astro
AARON CHIA-SOH WOOI YIK membuktikan bahawa mereka masih beregu lelaki nombor satu negara selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam perlawanan pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi.
Perlawanan di antara dua beregu negara itu berlangsung sengit sejak awal aksi tetapi Aaron dan Wooi Yik lebih menyerlah untuk memenangi set pertama 21-17.
Beregu pilihan keenam itu kemudian diberikan tentangan lebih sengit oleh Sze Fei dan Nur Izzuddin dalam set kedua tetapi laluan ke suku akhir menjadi milik Aaron dan Wooi Yik menerusi kemenangan 21-19.
Beregu nombor satu negara itu seterusnya akan menantikan pemenang perlawanan di antara beregu pilihan ke-10 dari Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae, dan pilihan keempat dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, bagi perebutan tempat ke separuh akhir, esok. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Badminton Dunia BWF
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#beregu lelaki
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan