awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Jia Wei raih gelaran sulung antarabangsa

Bernama
Bernama
27/03/2017
00:35 MYT
Badminton: Jia Wei raih gelaran sulung antarabangsa
Tan Jia Wei meraih gelaran sulung di pentas antarabangsa. - Foto: Facebook.com / INFO Badminton Sedunia
Pemain muda negara, Tan Jia Wei meraih gelaran sulung di pentas antarabangsa selepas menjuarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland di Warsaw, Poland pada Ahad.
Pemain bukan pilihan itu membuat kejutan dengan menewaskan pilihan keempat Coelho Ygor dari Brazil 21-13, 20-22, 21-10 dalam final perseorangan lelaki, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Naib juara remaja wanita dunia 2015, Lee Ying Ying, bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 21-13, 19-21, 10-21 di tangan pilihan ketiga, Yui Hashimoto dari Jepun di final perseorangan wanita.
Cabaran wakil negara dalam acara perseorangan lelaki dan beregu campuran berakhir di pusingan awal kejohanan yang menawarkan hadiah wang AS$20,000 (RM88,510).
Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi gagal meraih gelaran dalam acara beregu wanita selepas tewas di final Cabaran Antarabangsa Vietnam di Stadium Cau Giay, Hanoi semalam.
Jing Yi yang beralih ke acara beregu bulan lalu dengan digandingkan Joyce Choong Wai Chi, bagaimanapun memberi tentangan sengit kepada pilihan ketujuh Erina Honda-Nozomi Shimizu dari Jepun sebelum tewas 14-21, 21-19, 14-21 dalam pertarungan selama 52 minit.
Cabaran negara dalam acara perseorangan dan beregu lelaki serta beregu wanita berakhir lebih awal di kejohanan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#gelaran
#pentas antarabangsa
#remaja
#Tan Jia Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan