GANDINGAN beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan menewaskan pasangan itu dalam aksi tiga set untuk mara ke suku akhir.

Set pertama menyaksikan Soon Huat-Shevon menang dengan keputusan 21-16, sebelum Tang Jie-Ee Eei pastikan perseteruan mereka berterusan ke set penentuan hasil kemenangan set kedua 21-13.

Set penentuan jelas memihak kepada Tang Jie-Ee Wei dengan beberapa siri kesilapan Soon Huat-Shevon membawa padah sekali gus membolehkan Tang Jie-Ee Wei menang 21-13.

Foto Stadium Astro

Sementara itu satu lagi beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dalam straight set.

Selepas terikat 4 sama di set pertama, Kian Meng-Pei Jing pamer aksi bertenaga untuk menang 21-14.

Set kedua sedikit sengit tetapi pasangan Korea itu tidak dapat mematahkan momentum Kian Meng-Pei Jing yang menang 21-17 dalam tempoh 36 minit permainan.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro