awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik bergelut sebelum mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
15/06/2022
12:10 MYT
Badminton Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik bergelut sebelum mara ke pusingan kedua
pasangan ranking ketujuh dunia itu menempuh aksi mendebarkan sebelum berjaya menewaskan gandingan ke-113 dunia dari Korea Selatan, Kim Gi Jun-Kim Sa Rang. - Facebook BAM
JAKARTA: Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia 2022 di Stadium Istora Senayan di sini, hari ini.
Bagaimanapun pasangan ranking ketujuh dunia itu menempuh aksi mendebarkan sebelum berjaya menewaskan gandingan ke-113 dunia dari Korea Selatan, Kim Gi Jun-Kim Sa Rang dalam perlawanan rubber set, 21-18, 11-21, 21-11.
Seterusnya Aaron-Wooi Yik dijangka bertemu Ruben Jille-Tiles Van Der Lecq, selepas pasangan Belanda itu menumbangkan gandingan Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov, 18-21, 21-17, 21-15.
Sementara itu juara Terbuka Jerman 2022, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal mengikut jejak langkah Aaron-Wooi Yik selepas tersingkir di tangan pasangan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto
Pasangan bukan pilihan dari Malaysia itu tewas straight set, 19-21, 14-21.
Pemain veteran Liew Daren pula tumpas kepada Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong 19-21, 18-21, dalam aksi perseorangan lelaki.
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah menyingkirkan rakan senegara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing, 21-12, 21-16.
Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan di antara Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dari Thailand atau pasangan pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Indonesia
#badminton
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan