awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik teruskan perjuangan Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2023
07:00 MYT
Badminton Terbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik teruskan perjuangan Malaysia
Aaron Chia-Wooi Yik meneruskan rentak konsisten apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2023, pada Khamis. - Foto BAM
BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak konsisten apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2023, pada Khamis.
Dalam aksi di Gimnasium Yoyogi Tokyo itu, Aaron-Wooi Yik yang berstatus juara dunia tenang mengenepikan cabaran beregu Indonesia, Muhammad Shobul Fikri-Bagas Maulana, 21-12, 21-10 dalam masa 24 minit.
Kemenangan meyakinkan beregu nombor empat dunia ke atas pasangan 14 ranking dunia itu membolehkan mereka melebarkan rekod tanpa kalah dalam tiga pertemuan sebelum ini.
Dua kejohanan sebelum ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik pernah melepasi ujian mereka tersebut di Terbuka Indonesia dan Terbuka Singapura bulan lalu.
Dalam pada itu, perjalanan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani disekat beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi apabila tewas 21-14, 21-17 dalam masa 35 minit.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah turut mengikuti jejak apabila tewas 15-21, 13-21 kepada pilihan nombor satu kejuaraan dari China, Jia Yi Fan-Chen Qing Chen dalam masa 43 minit.
Sementara itu, beregu nombor 18 dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin mengejutkan pilihan keenam, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 15-21 21-18 21-16 dalam masa 64 minit.
Dalam pada itu, cabaran Ng Tze Yong berstatus 21 dunia yang menjadi harapan tunggal negara dalam acara perseorangan turut terhenti apabila tewas kepada bintang 33 dunia dari Jepun Koki Watanabe 21-17, 21-14 dalam masa 46 minit. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#badminton terbuka Jepun
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#melangkah ke suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan