awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Wee Kiong-V Shem terus 'kebal' ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
13/04/2018
07:32 MYT
Badminton: Wee Kiong-V Shem terus 'kebal' ke separuh akhir
Wee Kiong-V Shem dijangka mencongak perhitungan dengan wakil England, Marcus Ellis-Chris Langridge, selepas ini. - Foto Astro Arena
JUARA bertahan beregu lelaki, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, tidak sabar menanti cabaran sebenar apabila mengesahkan tiket ke separuh akhir Sukan Komanwel 2018.
Wee Kiong-V Shem sudah melalui lapan perlawanan di Gold Coast, termasuk dalam saingan berpasukan campuran yang menghadiahkan pingat perak.
Bukan sahaja belum tewas, malah mereka masih mengekalkan rekod kemenangan straight set dalam kesemua pertarungan.
Terbaru, mereka merakamkan kemenangan ke atas Alexdander Dunn-Adam Hall 21-9, 21-17 dalam suku akhir, sebentar tadi.
"Kami mengutamakan strategi permainan di atas gelanggang.
"Walaupun dari segi kutipan mata ia nampak mudah tetapi persediaan kami memerlukan fokus yang tinggi.
"Lawan melakukan kesilapan dan itu yang menyebabkan jarak mata yang jauh," kata Wee Kiong.
Wee Kiong-V Shem dijangka mencongak perhitungan dengan wakil England, Marcus Ellis-Chris Langridge, selepas ini.
Ketika aksi separuh akhir berpasukan campuran tempoh hari, beregu negara mudah mengetepikan seteru mereka itu yang juga berstatus pilihan.
"Kemenangan ini memberikan impak positif apabila menambah keyakinan kami. Diharapkan ia dapat diteruskan.
"Separuh akhir dan akhir pasti lebih sukar," tambah V Shem.
Topic Berkaitan
#Adam Hall
#Alexdander Dunn
#badminton
#Chris Langridge
#Goh V Shem
#Gold Coast
#Marcus Ellis
#Sukan Komanwel
#Tan Wee Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan