awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final

Bernama
Bernama
01/07/2024
21:45 MYT
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai berjaya mencuri mata pertama dengan menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 26-24, 25-23. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China pada saingan separuh akhir di Yogyakarta, Indonesia, pada Isnin.
Pada acara pasukan campuran itu, skuad negara bermula dengan langkah kanan apabila meraih mata pertama menerusi kemenangan beregu lelaki Kang Khai Xing-Aaron Tai menewaskan Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi 26-24, 25-23.
Bagaimanapun, pemain perseorangan wanita Ong Xin Yee tidak dapat membawa momentum ke perlawanan kedua apabila tewas kepada Xu Wen Jing 15-21, 13-21.
China, selaku juara lapan kali, mendahului dalam perlawanan ketiga, apabila pemain perseorangan lelaki Wang Zi Jun menewaskan Razeeq Rosli Danial 21-17, 21-9.
China melengkapkan kemaraan ke pentas final dalam tempoh enam tahun selepas beregu wanita, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue menyumbang mata ketiga menerusi kejayaan menumpaskan pasangan negara Carmen Ting-Nicole Chau 21-12, 21-9.
Malaysia menamatkan kempen dengan mengulangi pencapaian pingat gangsa edisi 2018 di Jakarta.
Acara individu kejohanan itu akan bermula Rabu ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Remaja Asia
#BAJC 2024
#China
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan