awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakat tempatan diabaikan, ini ikrar Sayf Ismail jika dipilih sebagai Presiden FAM...

Khalis Khadir
Khalis Khadir
31/12/2024
23:30 MYT
Bakat tempatan diabaikan, ini ikrar Sayf Ismail jika dipilih sebagai Presiden FAM...
Sayf yang bersedia menjadi calon Presiden FAM dalam kongres pemilihan pada 15 Februari depan berkata, antara manifestonya adalah merombak semula piramid bola sepak negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Negara tidak pernah ketandusan bakat muda tempatan dalam arena bola sepak sebaliknya mereka ini kurang diberi peluang sewajarnya.
Bekas Ketua Jabatan Pemasaran dan Tanggungjawab Sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sayf Ismail berpendapat, badan induk bola sepak negara itu boleh disifatkan sebagai gagal dalam pembangunan akar umbi.
Justeru, Sayf yang bersedia menjadi calon Presiden FAM dalam kongres pemilihan pada 15 Februari depan berikrar, antara manifesto yang akan dilaksanakan beliau ialah merombak semula piramid bola sepak negara.
“Apabila kita melahirkan bakat muda tempatan ini, maka kebergantungan kita kepada naturalisasi juga berkurang dan ini mampu membawa keseimbangan lebih baik dalam piramid bola sepak negara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Beliau menambah, sekiranya berpeluang menerajui FAM, soal tadbir urus akan ditambah baik kerana ia kunci utama meraih kepercayaan pemegang taruh memandangkan laporan kewangan terdahulu disifatkannya sebagai kurang terperinci.
“FAM perlu terbuka dalam perbelanjaan kerana banyak pemegang taruh dan pihak korporat perhati, mereka sudah tentu akan menyokong jika tahu ke mana setiap ringgit itu digunakan FAM.
“Tadbir urus juga perlu baik. Laporan kewangan sebelum ini saya lihat agak simple, beberapa perbelanjaan untuk kejohanan kurang lengkap, kita tidak boleh ekstrak daripada laporan kewangan itu ke mana semua kos dibelanjakan sebab kurang terperinci,” ujarnya.
Kongres pemilihan nanti akan memilih barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM yang baharu apabila penggal 2021-2025 bakal berakhir dan senarai calon akan diumumkan hujung Januari ini.
Sebelum ini, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya.
Topic Berkaitan
#FAM
#Sayf Ismail
#harimau Malaya
#Presiden FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan