PEMAIN tengah Barcelona dan Sepanyol, Alexia Putellas, mempertahankan gelaran Ballons d'Or Feminin awal pagi tadi, sekali gus menjadi pemain pertama memenangi anugerah itu dua kali berturut-turut.
Putellas memenangi anugerah pertamanya tahun lalu selepas memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Barca sebelum kembali ke final kejohanan itu tahun ini.
Bagaimanapun, Blaugrana tewas kepada Lyon dalam final kali ini tetapi Putellas menamatkan kejohanan Eropah itu selaku penjaring terbanyak dan pemain terbaik.
Dia kemudian terlepas aksi Euro Wanita 2022 kerana mengalami koyak anterior cruciate ligament (ACL) beberapa hari sebelum kejohanan itu membuka tirai.
Walaupun terlepas kejohanan itu pada ketika tiga daripada empat finalis lain beraksi dalam Euro 2022, Putellas sekali lagi dipilih oleh France Football untuk memenangi gelaran itu di Paris tahun ini.
Beth Mead, yang memacu kejayaan England menjuarai Euro 2022, menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Putellas, yang memberikan ucapan penuh beremosi selepas menerima gelaran itu.
"Terima kasih kepada France Football dan kesemua juri.
"Pada 5 April lalu, saya cedera lutut dan saya percaya ini (memenangi Ballon d'Or) tidak mungkin akan berlaku kerana saya percaya hanya Kejohanan Eropah terbaru itu akan diingati.
"Saya harap apabila saya kembali memberikan ucapan seperti ini pada masa akan datang, saya telah kembali semula ke lapangan dan saya berharap kita akan berjumpa lagi di sana," katanya.
#bola sepak#Barcelona#Sepanyol#Ballon d'Or#Alexia Putellas
Astro Arena
Tue Oct 18 2022
Alexia Putellas menunjukkan anugerah yang diterimanya selepas memenangi Ballons d'Or Feminin pada majlis Ballon d'Or ke-66 di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis, 17 Okt 2022. (Foto AP)
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Messi belum raih satu anugerah lagi
Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali itu masih belum meraih anugerah Kaki Emas.
Ballon d'Or: Jude Bellingham dinobat pemenang Trofi Kopa
Jude Bellingham dinobatkan pemenang Trofi Kopa sebagai pemain di bawah usia 21 tahun terbaik dunia dalam Majlis Anugerah Ballon d'Or.
Messi menang Ballon d'Or untuk kali kelapan
Hanya Messi memenangi Ballon d'Or sebanyak lapan kali, Ronaldo pula meraihnya sebanyak lima kali.
Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.
Messi, Haaland rebut Ballon d'Or, Ronaldo tersisih
Kylian Mbappe dan Kevin De Bruyne turut dinamakan antara 30 calon untuk trofi tersebut yang akan diumumkan di Paris pada 30 Oktober.
Ballon d'Or: Lewandowski sedia hadapi cabaran Haaland selepas menang Gerd Muller Trophy
Lewandowski menerima anugerah daripada France Football, sebagai penjaring terbanyak, buat tahun kedua berturut-turut.
Ballon d'Or Feminin: Alexia Putellas pertahan gelaran di sebalik cedera ACL
Putellas memenangi anugerah pertamanya tahun lalu selepas memenangi UCL bersama Barca sebelum kembali ke final kejohanan itu tahun ini.
Messi terlepas trofi Ballon d'Or
Penghijrahan dari Barcelona ke PSG nyata tidak berbaloi buat pemain itu selepas melalui musim pertama yang kurang menyerlah.
Benzema layak menangi anugerah Ballon d'Or
Musim cemerlang bersama Madrid telah menjadikan Benzema sebagai salah satu pilihan untuk anugerah itu.