SUKAN
Balu Diogo Jota warisi kekayaan lebih RM200 juta

Jota bersama adiknya, Andre meninggal dunia susulan kereta Lamborghini yang dipandunya terbabas di utara Sepanyol. - Stadium Astro
LAPORAN kekayaan mendiang Diogo Jota antaranya termasuk koleksi kereta mewah dan pembelian rumah serta memiliki beberapa barangan berjenama selain penajaan terkemuka oleh bintang Liverpool itu.
Ringkasan AI
- Nilai kekayaan Jota dianggarkan mencecah RM200 juta, termasuk kontrak bola sepak, penajaan jenama terkenal seperti Nike dan EA Sports, serta koleksi kereta mewah dan hartanah. Isteri dan anak-anaknya dijangka mewarisi legasi besar ini.
- Jota dan adiknya Andre meninggal dunia dalam kemalangan kereta Lamborghini di utara Sepanyol. Sebagai penghormatan, nombor jersi 20 miliknya telah diabadikan dan tidak akan digunakan oleh pemain lain.
- Jota mencatat 182 penampilan dan 65 gol bersama Liverpool, serta 49 penampilan dan 14 gol untuk Portugal. Beliau turut meraih kejayaan dalam EPL, UCL, EFL dan kejohanan domestik.
Ini bermakna, isteri dan anak-anaknya akan menerima peninggalan Jota serta mewarisi legasi yang cukup besar pada masa akan datang.
Pemain kebangsaan Portugal itu turut menerima bayaran daripada jenama sukan antarabangsa, Nike, EA Sports (syarikat e-sukan global) dengan sejumlah melebihi RM3 juta.
Porsche 911 Turbo S, Ferrari 488, Audi Q7 dan Mercedes-Benz G63 AMG dikatakan antara kenderaan mewah dimiliki Jota.
Terdahulu, Jota bersama adiknya, Andre, telah meninggal dunia susulan kereta Lamborghini yang dipandunya terbabas di utara Sepanyol.
Dalam masa sama, nombor jersinya, 20, telah diabadikan sepanjang hayat oleh pengurusan sebagai tanda penghormatan dan tiada pemain lain boleh memakainya.
Untuk rekod, Jota merupakan bintang sensasi yang sentiasa menjadi sandaran utama. Dia mencatatkan 182 penampilan bersama The Reds dan menjaringkan 65 gol setakat ini.
Sementara itu, di peringkat antarabangsa, dia bersama Portugal melakukan 49 penampilan dan menyumbat 14 gol.
Selain itu, Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Liga Inggeris (EFL) dan kejohanan domestik merupakan antara kejayaan Jota dalam karier. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami