awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024

Bernama
Bernama
13/08/2024
07:20 MYT
BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024
Kenny bercakap ketika sidang akhbar 'Post Olimpik Paris 2024' di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui pemain-pemain di bawah naungannya yang beraksi di temasya Olimpik Paris 2024 tidak mencapai sasaran ditetapkan selepas gagal membawa pulang pingat emas.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata bagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan sebarang alasan berkenaan pencapaian itu sebaliknya mahu segera melupakan perkara berkenaan selain mahu fokus untuk meningkatkan prestasi pemain negara pada masa akan datang.
"Kami gagal capai sasaran, tapi badminton masih sukan yang sumbang pingat kepada kontinjen dalam hampir setiap Olimpik. Mungkin ada yang cakap sekadar gangsa, tapi ia bukan mudah, saya terima kasih atas sokongan diberikan.
"Jadi, saya tidak mahu bagi alasan kerana letak benda ini di belakang dan buat penambahbaikan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Pada edisi Olimpik Paris 2024, pasangan di bawah naungan BAM hanya berjaya membawa pulang pingat gangsa menerusi gandingan Aaron-Wooi Yik, manakala dua lagi wakil, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) masing-masing mara ke aksi penentuan pingat gangsa dan suku akhir.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata perasaannya bercampur baur berkenaan prestasi anak buahnya di temasya berprestij itu.
Beliau berpandangan pemain-pemain BAM tidak gagal sepenuhnya kerana mereka berjaya mempamerkan peningkatan prestasi berbanding sebelum ini.
"Perasaan bercampur baur itu ada, sebab kecewa kerana gagal bawa pulang pingat emas, tetapi gembira juga berasaskan persembahan pemain.
"Mereka hampir raih pingat emas. Saya harap selepas ini tiada lagi perkataan hampir dan boleh bawa pulang pingat emas," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Malaysia
#BAM
#gagal capai sasaran
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Kenny Goh
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan