KUALA LUMPUR: Sukan SEA Hanoi pada Mei menjadi landasan terbaik untuk barisan pemain muda badminton negara mencipta nama dengan membuktikan kemampuan menyerap tekanan ketika beraksi di pentas antarabangsa.
Ia selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan kombinasi pemain remaja dan pelapis akan dihantar membawa cabaran negara pada temasya dwitahunan itu yang dijadual bermula 12-23 Mei.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata, ketetapan itu dibuat memandangkan penganjuran Sukan SEA bertindih dengan kejohanan berprestij Piala Thomas dan Piala Uber yang dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand pada 8-15 Mei.
"Maka fokus kami sudah pastilah saingan Piala Thomas dan Uber tetapi Sukan SEA pun penting juga. Saya percaya pemain-pemain (dipilih ke Sukan SEA) ini mereka masih mampu memberikan yang terbaik," katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM hari ini.
Kenny berkata kem badminton negara dibarisi 10 pemain lelaki dan 10 wanita yang diletakkan dalam kategori A dan mengambil bahagian dalam kesemua acara dipertandingkan.
Tanpa mendedahkan sasaran sebenar, Kenny berkata BAM mengharapkan kem badminton mampu membutirkan kilauan pingat selepas berjaya membawa pulang tiga emas pada edisi 2019 di Filipina.
"Walaupun kita hantar pemain agak muda dan lebih kepada pendedahan, tapi macam saya katakan tadi kita akan berikan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky berkata peluang meraih pingat dilihat cerah menerusi acara beregu campuran, beregu wanita selain dalam acara berpasukan lelaki.
Mengenai sasaran acara individu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann berkata empat pemain yang diberikan kepercayaan iaitu Lim Chong King, Kok Jing Hong, Lee Shun Yang dan Justin Hoh diharap mampu menamatkan acara dengan menaiki podium.
"Dalam saingan wanita, kita membariskan Siti Nurshuhaini Azman, Loh Zhi Wei, Ong Xin Yee dan Siti Zulaikha Muhd Azmi yang merupakan pemain berpotensi dari skuad remaja yang kita ingin berikan peluang pendedahan," kata Choong Hann.
Bekas pemain perseorangan lelaki negara itu berkata barisan kejurulatihan berhasrat untuk menghantar barisan terkuat sekiranya tidak berlaku pertindihan kejohanan.
"Tapi ini tidak bermaksud mereka (dipilih ke Sukan SEA) tidak cukup kuat, kerana banyak negara pun buat macam ini. Kita juga percaya di sana ada peluang untuk mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Datuk Kenny Goh berkata, ketetapan itu dibuat memandangkan penganjuran Sukan SEA bertindih dengan kejohanan berprestij Piala Thomas dan Piala Uber yang dijadual berlangsung di Bangkok, Thailand pada 8-15 Mei. - Gambar fail
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Siasatan SPRM terhadap BAM mungkin berkaitan pemilihan - Subramaniam
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa pemilihan menjelang AGM tahun depan, menjadi punca mengapa persatuan disiasat SPRM.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.
BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.