awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak pilihan penyerang diharap pacu kemenangan Malaysia

Bernama
Bernama
03/09/2024
02:00 MYT
Banyak pilihan penyerang diharap pacu kemenangan Malaysia
Darren Lok. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Penyerang skuad Harimau Malaya Darren Lok berharap kelebihan mempunyai banyak pilihan penyerang dapat memacu Malaysia meraih keputusan positif pada saingan Pestabola Merdeka 2024, bermula Rabu (esok).
Ia dalam masa sama memberikan suntikan buat Pau Marti Vicente untuk memburu kemenangan sulung selaku ketua jurulatih baharu dengan perhitungan berdepan Filipina sebagai ujian pertamanya.
"Pemain hadapan nampak kuat jika anda lihat (barisan pemain) penyerang, mereka semua ada kelebihan berbeza jadi saya berpendapat ia sesuatu yang baik untuk Malaysia.
"Dalam panggilan sebelum ini kita tiada banyak pilihan untuk bahagian hadapan. Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC) kini kembali dan semua orang tahu kualiti yang dia boleh bawa untuk pasukan kebangsaan. Kita ada Paulo Josue (KL City FC) yang prestasinya sangat baik musim ini, malah Romel Morales (Johor Darul Ta'zim)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini semalam.
Sebelum ini, Vicente mengakui berpuas hati dengan 26 pemain yang dipanggil terutama di posisi serangan sekali gus dilihat mampu menjelmakan keputusan positif pada kejohanan itu.
Untuk rekod, pemain bertaraf bintang seperti Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT), Muhammad Safawi Rasid dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Terengganu FC) turut diserapkan pada panggilan kebangsaan kali ini.
Malaysia akan menentang Filipina pada separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini yang juga merupakan debut Vicente sebagai jurulatih pasukan negara selepas dilantik menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan bulan lepas.
Satu lagi aksi separuh akhir kejohanan itu bakal menyaksikan juara bertahan Tajikistan berdepan Lubnan pada tarikh dan venue sama.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Pau Marti Vicente
#Pestabola Merdeka 2024
#Darren Lok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan