XAVI Hernandez optimis Barcelona layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara, biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika berdepan Napoli pada Khamis.

Pertembungan di Naples itu menyaksikan Napoli membawa bekalan jaringan gol ke Catalonia pada suku akhir kedua, 13 Mac ini selepas Victor Osimhen menyempurnakan satu-satunya percubaan tepat tuan rumah ke arah gawang Barcelona pada minit ke-70.

Anak buah Xavi yang lebih banyak mencipta peluang berada di hadapan minit ke 60 menerusi jaringan Robert Lewandowski dan nyaris memenangi perlawanan pada minit terakhir apabila percubaan rendah Ilkay Gundogan sedikit tersasar.

"Kami bermain dengan amat baik sekali sama ada menyerang atau bertahan dan selepas mendapat gol pertama, kami mencipta lebih banyak peluang.

"Kami layak menang tetapi ini Liga Juara-Juara, jika anda memberi mereka ruang, anda akan dihukum.

"Keputusan seri ini tidak mencerminkan permainan tetapi saya berpuas hati dengan usaha ditampilkan pemain dan kami sudah bersedia untuk aksi timbal balik nanti," kata Xavi yang akan meninggalkan kelab Catalan itu pada hujung musim ini.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian