awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona hambar dalam separuh masa pertama - Valverde

Astro Arena
Astro Arena
12/11/2018
05:02 MYT
Barcelona hambar dalam separuh masa pertama - Valverde
Lionel Messi (kanan) melakukan tendangan penalti semasa La Liga Sepanyol antara FC Barcelona dan Real Betis di Stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 11 Nov, 2018. (Foto AP)
BARCELONA 3 REAL BETIS 4
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, kecewa dengan persembahan babak pertama pasukannya selepas tewas 4-3 kepada Real Betis dalam La Liga Sepanyol di Nou Camp, semalam.
Lionel Messi - yang membuat penampilan semula sejak patah lengan ketika berdepan Sevilla pada 20 Oktober lalu - menjaringkan dua gol, namun tidak mampu untuk mengelak kekalahan kepada skuad bimbingan Quique Setien itu.
Persembahan yang huru-hara di barisan pertahanan membenarkan Junior, Joaquin, Giovani Lo Celso dan Sergio Canales menjaringkan gol - kali pertama Barcelona bolos empat gol sejak tewas 4-2 kepada Deportivo La Coruna pada April 2003.
Dua jaringan pertama hadir apabila Gerard Pique dan Clement Lenglet gagal menutup ruang sebelum pemain Real Betis memanfaatkan peluang terhidang.
Valverde kecewa dengan aksi separuh masa pertama pasukannya dan menuntut peningkatan selepas tamat saingan perlawanan antarabangsa.
"Kami tidak boleh mengundur masa lagi, saya berharap Barcelona dapat meningkatkan lagi mutu permainan selepas berakhir saingan perlawanan antarabangsa," katanya.
"Barcelona gagal bermain cemerlang dalam separuh masa pertama dan mereka menggunakan kelebihan sebaik mungkin.
"Kami menyedari Barcelona tidak mendominasi permainan dan ia merupakan peluang pasukan lawan untuk mencipta sesuatu," katanya.
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#Ernesto Valverde
#Lionel Messi
#Real Betis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan