awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona jual Suarez, bakal sarung jersi Atletico Madrid

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2020
05:04 MYT
Barcelona jual Suarez, bakal sarung jersi Atletico Madrid
16 gol dalam 22 perlawanan yang direkodkan Suarez pada musim lalu merupakan jaringan terendahnya sejak tiba dari Liverpool pada 2014. - Gambar fail
BARCELONA menjual penyerang Luis Suarez kepada seteru LaLiga, Atletico Madrid, dengan harga €6 juta (RM29.2j) yang bergantung kepada beberapa syarat, demikian Blaugrana mengesahkan.
Pemain berusia 33 tahun itu dalam tahun terakhir kontraknya di Camp Nou dan menghadapi masa depan yang tidak menentu sejak akhir musim lalu.
Semalam, Atletico bersetuju untuk melepaskan Alvaro Morata ke Juventus secara pinjaman sekali gus membuka jalan buat Suarez untuk disenaraikan dalam skuad kendalian Diego Simeone.
16 gol dalam 22 perlawanan yang direkodkan Suarez pada musim lalu merupakan jaringan terendahnya sejak tiba dari Liverpool pada 2014.
Pemain antarabangsa Uruguay itu menempuhi karier yang gemilang apabila memenangi empat gelaran liga termasuk Liga Juara-Juara (UCL) dalam koleksi 13 piala yang diraihnya sepanjang enam musim bersama Barca.
@LuisSuarez9, Barça legend #9raciasLuis pic.twitter.com/WHCeMW4C9p
— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 23, 2020
Tahun terbaiknya menjelma pada 2015-16 yang menyaksikannya menyumbat 59 gol dalam semua kejohanan -- jumlah yang lebih tinggi ketika membentuk gandingan 'MSN' di samping Lionel Messi dan Neymar.
Pada awalnya penggempur itu dijangka meninggalkan Barca dengan percuma sebelum gergasi Catalan terbabit mengubah fikiran apabila mengenakan yuran berdasarkan beberapa syarat.
Suarez, yang akan mengadakan sidang berita hari ini sempena perpisahannya, di kedudukan ketiga senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Barcelona -- ​​di belakang Lionel Messi dan Cesar yang telah meledak 198 gol selain 97 bantuan jaringan dalam 283 perlawanan.
Topic Berkaitan
#Atletico Madrid
#barcelona
#Camp Nou
#Lionel Messi
#Luis Suarez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan