awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona sah tandatangani Eric Garcia daripada Manchester City

Astro Arena
Astro Arena
02/06/2021
04:44 MYT
Barcelona sah tandatangani Eric Garcia daripada Manchester City
Presiden Barcelona FC Joan Laporta (kiri) memperkenalkan Eric Garcia sebagai pemain baru pasukan itu pada satu majlis di Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 1 Jun, 2021. REUTERS
BARCELONA mengesahkan bahawa Eric Garcia akan menyertai pasukan itu daripada Manchester City secara perpindahan percuma pada bulan depan.
Pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu bersetuju dengan kontrak selama lima tahun di Camp Nou dengan klausa pelepasan bernilai €400 juta (RM2 bilion).
Garcia akan menandatangani kontraknya hari ini sebelum dia diperkenalkan sebagai pemain terbaru Barca dalam sidang media.
Pertahanan kelahiran Barcelona itu akan kembali ke akademi kelab yang dipilih untuk ditinggalkannya pada usia 16 tahun bagi menyertai Pep Guardiola di Manchester City.
Empat tahun sejak itu, Garcia telah berkembang dengan pesat di Stadium Etihad sehingga diberikan peranan dalam pasukan utama.
Bagaimanapun, keengganannya untuk menandatangani kontrak baru menyaksikan dia ketinggalan di belakang Ruben Dias dan John Stones dalam jadual perlawanan padat sepanjang musim 2020-21.
Dan punca utama keengganannya itu akhirnya terjawab apabila pemain kebangsaan Sepanyol itu sah akan kembali ke negara kelahirannya.
Home is where the heart is. pic.twitter.com/FQRV2L4n4R
— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 1, 2021
Topic Berkaitan
#barcelona
#Eric Garcia
#Manchester City
#perpindahan
#percuma
#kontrak
#negara kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan