KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merakamkan penghargaan kepada jurulatihnya John Beasley dan pasukannya, yang selama ini bekerja keras membantu beliau meraih pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ahad lalu.
Pelumba berusia 33 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, Beasley merupakan watak yang amat penting di sebalik kejayaannya selama ini, dan telah banyak berkorban deminya.
"Terima kasih kepada Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Walaupun lahir sebagai seorang Mat Salleh Aussie, tetapi jiwa beliau sangat dekat dengan Malaysia. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita.
"Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang Beasley selalu bagi 'flight meal' beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup.
"Beliau sangatlah dihormati di arena lumba basikal antarabangsa, dan juga sentiasa menjadi rebutan negara-negara lain akan tetapi beliau taat dengan Malaysia. Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu," katanya menerusi catatan di Facebook semalam.
Mohd Azizulhasni, yang sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel selepas pulang dari Jepun pada Isnin, turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya, Team Azizul yang sanggup bersama-sama meredah onak dan duri.
Antaranya ialah pengurus pasukan/penyelaras (team manager/coordinator) Izham Mohammad yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir, pembantu jurulatih Harnizam Basri, ahli fisioterapi Mollynica Juanis, dan pakar sains sukan Chee Lee Ming.
Juara dunia keirin 2017 itu, tidak melupakan rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Anis Amira Rosidi, yang sentiasa bersama-samanya ketika senang mahupun susah.
"Kami sentiasa 'push each other' dalam latihan, manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. 'Iron sharpens iron', untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus, dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif.
"Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang di sekeliling kita, dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap 'akulah paling bagus dalam dunia ini'.
"Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, tiga tahun lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Azizulhasni berkata, Beasley merupakan watak yang amat penting di sebalik kejayaannya selama ini, dan telah banyak berkorban deminya. - Gambar IG @azizulhasniawang
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.