Pemain bukan pilihan, Benjamin Becker melakukan kejutan apabila menundukkan pilihan keempat, Grigor Dimitrov dari Bulgaria di suku akhir kejohanan tenis Terbuka Malaysia (MOKL) di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Pemain berusia 34 tahun dari Kanada yang berada pada ranking ke-74 dunia menundukkan Dimitrov, pemain nombor 18 dunia, 6-4, 7-6(3) dalam pertarungan 95 minit.
Kemenangan itu membolehkan Becker menentang pemain nombor lapan dunia, David Ferrer di separuh akhir esok. Ferrer mara selepas menjinakkan pemain Kazakhstan, Mikhail Kukushkin, 6-3, 6-4.
"Dia (Dimitrov) adalah pemain yang hebat, cukup berbakat. Saya sedar akan berdepan laluan sukar apabila menentang pemain sehebatnya.
"Saya bermain dengan baik di set pertama dan agak bertuah di set kedua. Ini adalah aksi yang baik untuk saya," kata Becker.
Sementara itu, Ferrer mengakui Becker bermain dengan baik di kejohanan ini dan percaya pertemuan separuh akhir nanti adalah sengit.
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pemain Australia, Nick Kyrgios yang ibunya adalah orang Malaysia mengetepikan pilihan ketiga dari Croatia, Ivo Karlovic dalam pertarungan dramatik sebelum menang 7-6(4), 7-6(2) bagi menempah pertemuan dengan Feliciano Lopez dari Sepanyol.
"Ia sesuatu yang hebat untuk berada di separuh akhir. Saya sedar hari ini adalah perlawanan yang sukar tetapi ia adalah aksi yang menyeronokkan menentang Karlovic.
"Tambah pula saya dapat menamatkan perlawanan dengan pukulan ace. Hakikat Karlovic pernah tewas sekali kepada saya juga membantu.
"Ia memberi saya keyakinan kerana pernah menewaskannya sebelum ini," kata Kyrgios.
Bagi Lopez, dia mara ke separuh akhir selepas menewaskan Vasek Pospisil dari Kanada 6-7(2), 6-3, 6-2 dalam pertarungan dua jam.
"Permainan saya hari ini lebih baik daripada semalam. Saya tidak begitu yakin tetapi hari ini permainan saya semakin meningkat.
"Walaupun saya tewas set pertama, permainan saya lebih baik. Saya gembira dapat mematahkan servisnya tiga kali," kata Lopez.
Beliau mengakui Kyrgios adalah lawan yang sukar dan perlu berhati-hati dengan pukulan forehand lawan itu.
Bernama
Fri Oct 02 2015
Benjamin Becker (gambar) melakukan kejutan apabila menundukkan pilihan keempat, Grigor Dimitrov dari Bulgaria di suku akhir kejohanan tenis Terbuka Malaysia. -FotoBERNAMA
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Becker tempah pertemuan menentang Ferrer
Pemain berusia 34 tahun dari Kanada yang berada pada ranking ke-74 dunia menundukkan Dimitrov, pemain nombor 18 dunia, 6-4, 7-6(3) dalam pertarungan 95 minit.