awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2024
04:41 MYT
Bekas jurulatih Kedah Azraai Khor meninggal dunia
Bekas pengendali berusia 71 tahun itu meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung.
KUALA LUMPUR: Jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah, yang juga bekas pemain kebangsaan era 1970-an meninggal dunia akibat strok sebentar tadi.
Anak Allahyarham, Firdaus Zainuddin, di laman Facebook beliau, mengesahkan pemergian bapanya.
"Assalamualaikum W.B.T kepada yang mengenali dan membaca (berita pemergian Allahyarham)...
"Mohon sedekahkan al-Fatihah buat bapa saya Mohd Azraai Khor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi, Mohon sama-sama kita berdoa agar Allahyarhuma ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.
"Semoga rohnya dilimpahi dengan belas kasihan daripada Allah Azzawajalla dan semoga Allah mengangkat darjatnya bersama-sama dengan hamba-hambanya yang soleh," katanya hari ini.
Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengucapkan takziah dan mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat strok.
"Salam Takziah... Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok.
"Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra-Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.
"Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.
"Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin," katanya.
Topic Berkaitan
#Azraai Khor
#jurulatih kedah
#meninggal dunia
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan