SPORTS
Bekas KP MSN Mazlan Ahmad meninggal dunia

Allahyarham Mazlan dikenang sebagai arkitek utama di sebalik kejayaan Program Jaya '98 dan Gemilang 2001. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Arena sukan tanah air kehilangan seorang tokoh penting apabila bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Mazlan Ahmad, meninggal dunia pada usia 75 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, petang ini.
Ringkasan AI
- Bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Mazlan Ahmad, meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan angin ahmar dan jangkitan pneumonia.
- Mazlan dikenang sebagai arkitek utama di sebalik kejayaan Program Jaya '98 dan Gemilang 2001, serta memperkenalkan pelbagai dasar pembangunan sukan jangka panjang.
- Allahyarham dianugerahkan Anugerah Tokoh Sukan Kebangsaan pada 2022 atas sumbangan besar beliau dalam pembangunan sukan negara.
Sepanjang 12 tahun perkhidmatannya, Mazlan memperkenalkan pelbagai dasar pembangunan sukan jangka panjang, termasuk pengukuhan program pelapis kebangsaan dan penstrukturan semula Institut Sukan Negara (ISN) bagi memperkasakan sokongan sains sukan kepada atlet elit.
Allahyarham turut pernah memegang jawatan penting dalam beberapa badan sukan kebangsaan seperti Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan menjawat peranan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2001.
Allahyarham dianugerahkan penerima Anugerah Tokoh Sukan Kebangsaan pada 2022.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami