Bekas penyerang import pasukan Perak dan Selangor, Frank Seator dilaporkan meninggal dunia pada Isnin (11 Februari).

Menurut laporan Global News Network Liberia, bekas pemain kebangsaan Liberia itu dikatakan "sakit" sebelum meninggal dunia di Hospital Firestone.

Seator menjadi sebutan peminat bolasepak Liga-M ketika beraksi bersama pasukan Perak dari musin 2003 hingga 2006 sebelum berhijrah ke Selangor pada musim 2007-2008.

Beliau juga pernah beraksi dengan beberapa pasukan di sekitar Asia Tenggara termasuk pasukan Liga Indonesia, Persis Solo dan Persikabo Bogor.