Hasrat bekas peserta program realiti bola sepak kanak-kanak, Mohd Alif Syazwan Mohd Zamri untuk meneruskan karier dalam sukan itu terbantut apabila disahkan mengidap leukimia.
Alif, 10 tahun mengidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) Oktober lepas.
Alif sebelum ini pernah mewakili negara dalam satu kejohanan bola sepak di Croatia.
Namun dia yang diasah bakatnya oleh Kenari Kid Pokok Sena sejak berusia 4 tahun kini hanya mampu terlantar di rumah.
Bukan sahaja tidak dapat bermain, Alif kerap mengalami pening, muntah serta demam.
Bagi bapanya, Mohd Zamri Kameh, Alif terpaksa menjalani rawatan intensif lebih dua tahun dan berkemungkinan tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain.
Malah perbelanjaan rawatan anak bongsunya itu dianggarkan sekitar RM500 ribu.
Zamri turut berharap ada pihak yang tampil membantu mereka bagi membantu meringankan beban kos rawatan buat Alif.
Sementara itu, wakil jurulatih dan pemain Kenari Kid Pokok Sena, Haris Che Mat bersimpati dengan nasib Alif.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Pokok Sena hadir untuk menyerahkan bantuan berbentuk wang tunai dan hamper kepada keluarga kanak-kanak itu.
Mereka yang ingin membantu Alif boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank ibunya, Zabedah Bakar atau menghubungi keluarganya.
Astro Awani
Mon Jan 07 2013
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Haris dilantik penolong pengurus Liga Super Kedah
Beliau berharap akan mendapat kerjasama yang baik daripada pengurusan pasukan dan pemain kerana tahu pasukan Lang Merah bukanlah calang-calang dalam arena bola sepak negara.
PPBM Kedah serah notis makluman program debat Mukhriz-Haris kepada polis
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah telah menghantar notis makluman kepada polis berhubung cadangan debat antara Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Ketua UMNO Pokok Sena, Haris Che Mat.
Mukhriz dicabar berdebat tentang 'harta' miliknya
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar untuk berdebat mengenai kekayaan dimiliki bekas Menteri Besar itu sehingga membolehkan beliau menjadi jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit.
Bekas pegawai dakwa Mukhriz mahu jadi PM secara 'fast track'
Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri secara 'fast track', dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat.
Bekas peserta program realiti bola sepak kanak-kanak hidap leukimia
Hasrat bekas peserta program realiti bola sepak kanak-kanak, Mohd Alif Syazwan Mohd Zamri untuk meneruskan karier dalam sukan itu terbantut apabila disahkan mengidap leukimia