awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda tanpa 'van' selepas 14 tahun

Israr Khalid
Israr Khalid
24/06/2014
01:14 MYT
Belanda tanpa 'van' selepas 14 tahun
Skuad Oranje untuk kempen Piala Dunia FIFA 2014 Brazil.
Selain mencatatkan kemenangan yang mengesahkan Belanda sebagai juara Kumpulan B, perlawanan menentang Chile di Sao Paolo turut menyaksikan satu sejarah menarik berulang kembali.
Buat pertama kalinya selepas 14 tahun, kesebelasan utama pasukan Belanda tidak membariskan seorang pun pemain yang memiliki nama 'van'.
Nama 'van' sememangnya cukup sinonim dengan Belanda di mana nama tersebut merupakan satu kelaziman dalam nama kebanyakan rakyat negara tersebut.
Marco van Basten, Edwin van der Sar, Mark van Bommel, Giovanni van Bronckhorst dan Robin van Persie merupakan antara pemain Belanda yang memiliki 'van' dalam nama mereka.
Marco van Basten dan Edwin van der Sar ketika beraksi bersama skuad Oranje.
Marco van Basten dan Edwin van der Sar antara legenda Belanda yang pernah menyarung jersi Oranje.
Marco van Basten (kiri) & Edwin van der Sar antara lagenda Belanda yang memiliki nama 'van'. - Gambar AFP
Mark van Bommel dan Giovanni van Bronckhorst antara nadi pasukan Oranje era bolasepak moden.
Mark van Bommel dan Giovanni van Bronckhorst antara 'van' yang telah bersara dari pentas antarabangsa.
Mark van Bommel (kiri) & Giovanni van Bronckhorst telah bersara dari pentas antarabangsa - Gambar AFP Robin van Persie diangkat sebagai kapten untuk mengemudi Oranje dalam kempen Piala Dunia FIFA 2014.
Robin van Persie - satu-satunya 'van' yang tinggal dalam pasukan Belanda
Robin van Persie - satu-satunya 'van' yang tinggal dalam skuad Oranje. - Gambar AFP
Untuk Piala Dunia FIFA 2014 Brazil ini, hanya Robin van Persie memiliki nama 'van' dalam kalangan 23 pemain yang disenaraikan jurulatih Belanda, Louis van Gaal.
Kali terakhir pasukan yang turut dikenali sebagai Oranje itu beraksi dengan kesebelasan utama tanpa pemain yang memiliki nama 'van' adalah ketika menewaskan Perancis 3-2 pada Kejohanan Euro 2000.
Tidak terkecuali, jenama coklat terkenal, Van Houten pula diasaskan ahli kimia dan pembuat coklat, Coenraad Johannes van Houten yang juga berketurunan Belanda.
Jadi sekiranya anda berkenalan dengan seseorang yang namanya ada 'van', yakinlah bahawa kemungkinan besar dia atau keluarganya pasti berasal dari negara kincir angin itu.
Topic Berkaitan
#2014
#basten
#Belanda
#bommel
#bronckhorst
#dersar
#Dunia
#FIFA
#Netherlands
#oranje
#persie
#piala
#van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan