awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ben Askren menang aksi pertamanya di UFC, keputusan dipertikai

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
03/03/2019
11:40 MYT
Ben Askren menang aksi pertamanya di UFC, keputusan dipertikai
Askren, 34, yang mempunyai rekod professional 20-0-1, membuat kemunculan pertama beliau di UFC selepas meninggalkan gelanggang seni bela diri campuran (MMA) buat seketika. - Foto AP/John Locher
BEKAS juara welterweight Bellator MMA dan ONE Championship, Ben Aksren mencatat kemenangan pertamanya di UFC pada Ahad selepas menewaskan rakan senegara, Robbie Lawler.
Kemenangan pada aksi UFC 235 di Las Vegas, Nevada itu sekali gus memanjangkan lagi rekod tanpa kalahnya.
Askren, 34, yang mempunyai rekod professional 20-0-1, membuat kemunculan pertama beliau di UFC selepas meninggalkan gelanggang seni bela diri campuran (MMA) buat seketika.
Menentang Lawler yang merupakan bekas juara dunia UFC welterweight, Askren nampak berjaya bertahan dari serangan 'ground and pound' dari Lawler pada awal perlawanan.
Namun apabila beliau berjaya menemui rentak pada pertengahan pusingan pertama, Askren nampak selesa mengawal perlawanan di lantai Octagon.
Askren seterusnya berjaya membuat percubaan 'submission; ke atas Lawler dengan aksi 'Bulldog Choke'.
Selepas beberapa saat, pengadil Herb Dean membuat keputusan menghentikan pertarungan.
Bagaimanapun, keputusan tersebut mendapat tentangan dan reaksi negatif termasuk dari Lawler sendiri dan Presiden UFC, Dana White.
White ketika sidang akhbar turut bersetuju ia adalah satu keputusan pengadil yang teruk.
Lawler dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk ketika dikunci Askren dan mampu meneruskan perlawanan sehingga berakhir pusingan pertama.
Dengan kontroversi itu, White menyatakan hasrat beliau untuk menganjurkan perlawanan semula antara Askren dan Lawler.
Dalam pada itu Askren pula tidak berminat untuk bertemu Lawler semula kerana baginya, dia telah memenangi perlawanan tersebut secara sah.
Askren bagaimanapun menyatakan hasrat untuk bertarung dengan pemenang bagi perlawanan Darren Till dan Jorge Masvidal, yang bakal berlangsung pada acara UFC Fight Night 147 pada 17 Mac di London.
Topic Berkaitan
#bekas juara dunia UFC welterweight
#Ben Aksren
#Ben Askren UFC debut
#Kemengan UFC pertama Ben Aksren
#ONE Championship
#Robbie Lawler
#seni bela diri campuran
#UFC 235
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan