KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu negara Ong Beng Hee dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan Skuasy Amerika Syarikat (US Squash) menggantikan Paul Assaiante.
Memulakan tugas baharu itu minggu lepas, Beng Hee, pemenang emas Sukan Asia dua kali itu akan menerajui pasukan Amerika Syarikat memburu kecemerlangan daripada peringkat pembangunan junior hingga program berprestasi tinggi di Pusat US Squash Arlen Specter di Philadelphia.
Sebelum ini, jurulatih berusia 41 tahun itu mengetuai program kebangsaan Qatar, selaku pengarah teknikal, selama empat tahun selepas bersara daripada siri Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) pada 2015.
"Ini adalah pencapaian terbesar saya sebagai jurulatih untuk menerajui program yang disokong dengan kemudahan menakjubkan di Pusat Arlen Specter. Ini adalah impian menjadi kenyataan kepada mana-mana jurulatih. Saya berterima kasih kepada keluarga Ganek, US Squash dan Assaiante.
"Saya mengenali Assaiante sekian lama dan tidak sabar untuk terus bekerjasama dengan beliau bagi membantu membina program yang lebih cemerlang," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web US Squash.
US Squash juga mengumumkan Assaiante akan terus berkhidmat dengan peranan baharu sebagai 'emeritus' selepas 13 tahun menjadi ketua jurulatih kebangsaan.
Dalam karier pemain profesional selama 17 tahun, Beng Hee telah menjuarai 15 gelaran PSA serta menghuni ranking 10 pemain terbaik dunia selama 31 bulan.
Menurut kenyataan US Squash itu, Beng Hee akan membimbing empat pemain wanita terbaik negara itu yang berpangkalan di Philadelphia - Amanda Sobhy, Olivia Blatchford Clyne, Sabrina Sobhy dan Olivia Fiechter yang kesemua mereka menghuni ranking dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia.
Sementara itu, pemain nombor enam dunia, Amanda menyifatkan kehadiran Beng Hee memberi rangsangan dan keyakinan kepada pemain.
"Saya teruja untuk belajar daripada Beng Hee, seorang yang arif dengan minda dan latihan yang diperlukan di peringkat tertinggi dan tidak sabar untuk mendapatkan ilmu beliau untuk mengembangkan corak permainan saya.
"Saya harap kehadiran beliau akan menggalakkan lebih ramai pemain mahu menempatkan diri di pusat berkenaan untuk berlatih bersama kami semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Sebelum ini, Beng Hee mengetuai program kebangsaan Qatar selaku pengarah teknikal, selama empat tahun. - Twitter/ @USSQUASH
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Beng Hee cabar atlet skuasy negara ke tahap lebih tinggi
Bergelar pemain profesional bermula pada tahun 2000 hingga 2006, Beng Hee antara pemain skuasy negara yang pernah berdiri seiring dengan barisan pemain terbaik dunia.