awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benjamin Mora 'turun pangkat', kembali latih JDT II

Bernama
Bernama
19/06/2017
07:43 MYT
Benjamin Mora 'turun pangkat', kembali latih JDT II
Edwards berkata, Mora akan kembali kepada peranan asalnya selaku ketua jurulatih JDT II kerana jurulatih berusia 51 tahun itu hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama. - Gambar fail
Jurulatih Johor Darul Ta'azim (JDT), Benjamin Mora yang memulakan tugas sejak Januari lepas, akan kembali melatih skuad Johor Darul Ta'zim II (JDT II) ketika baki saingan Liga Malaysia akan bersambung bulan depan.
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengesahkan perkembangan terbaru itu dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.
Menurut beliau, Mora akan kembali kepada peranan asalnya selaku ketua jurulatih JDT II kerana jurulatih berusia 51 tahun itu hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.
"Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh," katanya.
Dalam pada itu, Edwards berkata pihaknya akan mengumumkan nama ketua jurulatih baharu JDT dalam masa terdekat ini.
"Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini," katanya.
Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu membawa masuk dua muka baharu iaitu Mohammed Ghaddar dari Lubnan dan pemain yang berasal dari Sepanyol, Ignacio Insa Bohigues bagi menghadapi baki saingan Liga Super.
Insa merupakan tonggak penting Lavente (Liga Sepanyol) ketika pasukannya berjaya dipromosi ke saingan La Liga pada musim 2017/2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alistair Edwards
#Benjamin Mora
#Facebook
#JDT
#Johor Darul Ta'azim
#Johor Southern Tigers
#jurulatih
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan