awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbasikal trek: MOM jamin sokongan penuh buat Azizulhasni

Astro Arena
Astro Arena
01/07/2023
23:20 MYT
Berbasikal trek: MOM jamin sokongan penuh buat Azizulhasni
Datuk Nazifuddin Najib menegaskan, Majlis Olimpik Malaysia sedia membantu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang dalam persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.
SETIAUSAHA Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib menegaskan, mereka sedia membantu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang dalam persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi pertemuan dengan olimpian negara itu baru-baru ini, Nazifuddin memaklumkan, Azizulhasni memerlukan sokongan terutama daripada aspek sains sukan bagi memaksimumkan prestasinya.
MOM percaya permintaan daripada pemenang pingat perak temasya Olimpik Tokyo itu mampu direalisasikan memandangkan ia bukanlah permintaan luar biasa.
Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memberi jaminan untuk terus beri sokongan berterusan buat pelumba negara serta barisan atlet Program Road to Gold dalam misi memburu emas pertama Malaysia dalam temasya itu.
"Apa yang dibangkitkan beliau, kami telah cuba bantu daripada segi ISN (Institut Sukan Negara).
"Kali ini kami beri tumpuan penuh kepada Datuk Azizul dengan harapan dia akan membawa pingat yang tertinggi, iaitu kami harap emas.
"Tapi kami tidak mahu menekannya, kami akan kasi sokongan penuh dan yang penting dia di tahap terbaik untuk Paris.
"Kebanyakan isu (yang kami bantu) adalah sokongan sampingan daripada segi perkhidmatan ISN.
"Dalam RTG, kami hanya (menawarkan) khidmat sokongan, apa yang kurang kami cuba penuhi.
"Kami tidak mempunyai masa yang panjang untuk Paris ini, jadi kami akan buat yang terbaik untuknya," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Majlis Olimpik Malaysia
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Nazifuddin Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan