IPOH: Perak FC tidak akan sesekali mengangkat 'bendera putih', sebaliknya melaungkan tekad untuk mencipta kemenangan penting dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, 19 Okt ini.
Pengendalinya Yusri Che Lah berkata walaupun maklum mengenai kekuatan dimilik skuad Harimau Selatan yang serba lengkap, namun tidak mustahil untuk The Bos Gaurus mencipta kejutan dengan kekal fokus dan bermain bermati-matian pada pertemuan itu nanti.
"Umum telah maklum tentang kekuatan JDT. Perkara itu tidak perlu saya ungkapkan namun daripada sudut pemain Perak sendiri, saya fikir semangat dan keazaman untuk menang itu perlu disemat dalam diri masing-masing.
"Sepanjang 90 minit permainan apa sahaja boleh berlaku dan saya fikir para pemain juga jangan terlalu menghormati pasukan lawan. Peluang beraksi di gelanggang sendiri harus digunakan sebaiknya untuk mencipta kemenangan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sebelum ini, juara Piala Malaysia edisi 2018 itu telah melakukan kejutan besar apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak pada 25 Sept lepas.
Jaringan tunggal Wan Zack Haikal dalam masa kecederaan babak pertama sudah memadai bagi menempah slot ke separuh akhir dengan agregat 3-2.
Selain itu, Yusri turut mengharapkan ribuan penyokong The Bos Gaurus dapat hadir ke stadium untuk memberikan sokongan sekali gus dapat membakar semangat para pemain dalam memburu kemenangan berharga.
"Penyokong merupakan pemain ke-12 yang memberi tonik tambahan kepada pemain atas padang dan saya fikir dengan keberadaan mereka (penyokong) ia akan menambah rencah untuk kita melakar kemenangan," katanya.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata semua pemain termasuk tonggak import bebas daripada sebarang kecederaan serta penggantungan, dan sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan berkenaan.
"Semua dalam 'mood' terbaik sama ada dari sudut mental dan fizikal. Cuma saya mungkin akan terapkan beberapa perkara yang boleh ditambah baik untuk memastikan kita dapat menyaingi persembahan JDT nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Yusri turut mengharapkan ribuan penyokong The Bos Gaurus dapat hadir ke stadium untuk memberikan sokongan. - Foto fail/TRWFC

PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’
Mohd Asghar Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara LIMA.

Malaysia tangani penyakit paru-paru menerusi pendekatan inovatif termasuk AI - Dzulkefly
Negara juga sudah melancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 yang merangkumi elemen pencegahan, rawatan dan pemulihan.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

ASEAN, rakan dialog komited sokong sistem dagangan multilateral berasaskan peraturan - MITI
Galakkan persekitaran perdagangan dan pelaburan yang boleh diramal, telus, bebas, adil, inklusif, mampan, tanpa diskriminasi dan terbuka.

Hampir 200,000 terjejas akibat banjir di selatan Filipina
Hujan tanpa henti telah menyebabkan banjir di 98 kawasan melibatkan 11 bandar dalam wilayah di pulau Mindanao.

Penglibatan masyarakat, pembentukan karakter penting selesai isu sosial - Fadhlina
Isu sosial seperti perkahwinan kanak-kanak, kehamilan remaja tidak dapat diselesaikan tanpa penglibatan aktif masyarakat.

Selamat tinggal Liga Super! Perak sahkan tidak mohon pelesenan kelab
Azim mengesahkan tiada sebarang dokumen dihantar kepada MFL sehingga tarikh akhir permohonan lesen kebangsaan pada Sabtu lalu.

PAFA sedia bantu pemain muda Perak FC
PAFA komited memberi sokongan mengikut kemampuan sedia ada terutama aspek membina semula kerjaya pemain-pemain muda negeri itu.

Malam tidak menjadi buat Sabah, tewas 0-1 kepada Perak
Nasib malang menimpa skuad Sang Badak apabila kapten Rawilson Batuil tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-29.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.