Bintang EPL ambil khidmat keselamatan bekas petarung MMA

Pada Disember 2023, Jack Grealish (gambar) menjadi mangsa pecah rumah di mana penjenayah mencuri barang kemas. - Foto Astro ARENA
SEBILANGAN pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris beralih kepada bekas petinju MMA untuk menyediakan keselamatan rumah mereka susulan siri rompakan di 'Segitiga Emas' Cheshire.
Beberapa pemain dan selebriti yang tinggal di Alderley Edge, Wilmslow dan Prestbury telah menjadi sasaran kecurian dan pembakaran, yang menyebabkan beberapa pemain mencari perlindungan yang lebih baik.
Kawasan mewah di barat laut England telah menarik pemain bola sepak bintang dari beberapa kelab terbesar negara selama bertahun-tahun.
Pemain dari Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Everton telah menjadikan Cheshire sebagai kawasan pilihan bagi kediaman mereka namun susulan beberapa jenayah yang dilakukan di kawasan itu, ia mula kehilangan reputasinya sebagai tempat perlindungan bagi orang kaya dan terkenal.
Pada Disember 2023, Jack Grealish menjadi mangsa pecah rumah di mana penjenayah mencuri barang kemas.
Insiden itu, yang berlaku beberapa bulan selepas pemain sayap itu memenangi treble bersama City, membuatkan Grealish berasa 'sangat sedih'.
Bekas bintang City, Raheem Sterling juga telah menjadi sasaran rompakan dan Thomas Mee telah ditangkap kerana beberapa siri kecurian di kawasan itu.
Apabila dia akhirnya ditangkap pada tahun 2020, Mee mengaku berkomplot untuk merompak beberapa rumah di Segi Tiga Emas.
Dengan peningkatan jenayah di kawasan itu, para pemain mencari cara baharu untuk mempertahankan harta benda mereka daripada kumpulan jenayah yang ingin merompak barang berharga.
The Daily Mail mendedahkan bahawa sesetengah pemain juga mengupah petarung profesional untuk mengukuhkan keselamatan mereka.
Seorang perunding keselamatan tanpa nama memberitahu akhbar itu bahawa, 'satu kelab besar dengan beberapa pemain di kawasan Cheshire telah meningkatkan keselamatan.'
"[Para pemain] kini telah mendapatkan khidmat beberapa bekas petarung MMA untuk mengawal pemain dan keluarga mereka.
"Salah seorang daripada mereka melakukan kerja perlindungan rapi manakala yang seorang lagi adalah penjaga rumah. Ini bermakna dia tinggal di rumah apabila pemain itu tiada di kelab."
Sumber itu berkata bahawa kumpulan itu sering melakukan jenayah apabila pemain melancong untuk perlawanan dalam pertandingan Eropah.
Petarung MMA telah diupah untuk menjaga pemain dan keluarga mereka, baik di rumah mahupun di luar rumah.
"Mereka menjaga pemain dan keluarga mereka apabila mereka berada di jalanan apabila sesuatu boleh berlaku. Jika seorang pemain mahu pergi ke kelab malam, mereka akan membawa mereka dan memastikan tiada apa yang berlaku," tambah perunding itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


