BIRMINGHAM: Kontinjen negara kini memerlukan dua lagi pingat emas bagi mencapai sasaran enam emas pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang sedang berlangsung di sini.
Kejayaan menakjubkan jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin, menyumbangkan pingat emas di hari ketujuh temasya pada Khamis (4 Ogos), menyaksikan kem Malaysia kini mengutip keseluruhan empat emas, dua perak dan tiga gangsa.
Seperti diramalkan jaguh powerlifting dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengungguli kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg), sekali gus menyaksikan atlet kelahiran Sarawak tersebut muncul atlet Malaysia pertama meraih emas dalam acara berkenaan di temasya Sukan Komanwel.
Harapan peminat untuk melihat ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong menyumbangkan pingat dalam acara 10 meter (m) platform wanita pada temasya kali ini pula tidak kesampaian, selepas atlet berusia 29 tahun itu hanya menduduki tempat ke-11 daripada 12 penerjun.
Australia terus mendominasi carta pungutan pingat selepas merangkul 50 pingat emas, 42 perak dan 40 gangsa, meninggalkan tuan rumah England di tempat kedua dengan kutipan 42-44-32, manakala Kanada di tangga ketiga hasil pungutan 17-20-22.
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.
Prestasi membanggakan trio boling padang layak ke peringkat separuh akhir acara triples wanita esok, ditagih untuk meneruskan kemaraan ke pentas final yang akan berlangsung pada hari sama bagi menyumbangkan pingat kepada kem negara.
Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad, akan berdepan gandingan New Zealand Nicole Toomey, Tayla Bruce dan Val Smith di separuh akhir.
Acara final lain yang melibatkan atlet Malaysia pada hari kelapan temasya (5 Ogos) menyaksikan gandingan Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang-Chew Yi We, akan turun beraksi dalam saingan 3m papan anjal seirama lelaki.
Dua gimnas Ng Joe Ee dan Izzah Amzan pula akan bersaing dalam acara individu all-around wanita final esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Bonnie bergambar bersama pemenang pingat perak dari England, Mark Swan (kiri) dan pemenang pingat gangsa dari Nigeria, Innocent Nnamdi bagi acara Angkat Berat Kategori Lelaki Lightweight, di Birmingham, 4 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
Sukan Asia: Malaysia ambil langkah selamat, sasar 27 pingat
Pendekatan baharu diambil dengan hanya mengumumkan sasaran sejumlah 27 pingat menerusi 13 jenis sukan tanpa menamakan sasaran emas.
Pencapaian terburuk kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA
Kontinjen negara akan pulang dengan hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, menghuni tangga ketujuh.
Analisis pencapaian kontinjen Sukan SEA Jumaat ini
Biarpun sasaran 40 pingat emas ditetapkan sebelum ini hampir mustahil untuk dicapai, pihaknya mahu kem negara membuat sehabis baik.
Sukan SEA Kemboja: Kontinjen negara sasar 40 pingat emas
Kontinjen negara menyasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh yang bermula 5 hingga 17 Mei ini.
SUKIPT: UPSI optimis raih 15 pingat emas
Jika edisi lalu UPSI berada di kedudukan kelapan, tidak mustahil UPSI mampu menggondol lebih banyak pingat.
Birmingham 2022: Malaysia perlu dua lagi emas untuk capai sasaran
Selepas tamat hari ketujuh temasya, Malaysia kini berada di kedudukan ke-10.
Perjuangan di Birmingham peluang tebus kekecewaan
Harapan tinggi diletakkan ke atas barisan atlet negara yang beraksi di Birmingham bagi mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia.
Sukan Komanwel Birmingham: Timbalan CDM kaji sasaran dua emas badminton selepas Zii Jia tarik diri
Gerard percaya barisan kejurulatihan mampu menangani kehilangan pemain perseorangan profesional negara itu.