Kemajuan bola sepak di negara ini memerlukan satu program yang menyeluruh, selain daripada kesabaran dan perubahan mentaliti, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Bola sepak tanah air hanya akan maju apabila wujud pembangunan menyeluruh dan usaha ini sudahpun bermula dengan beberapa perubahan yang digagaskan oleh kepimpinan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang baharu," kata Khairy dalam satu kenyataan mengulas isu bola sepak tanah air yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Menurutnya antara kejayaan pantas yang telah diperoleh adalah kelayakan pasukan B-22 ke pusingan akhir Piala Asia B-23, kejayaan Pasukan yang sama merangkul pingat perak di Sukan SEA2017 dan Pasukan Negara B19 muncul naib juara di kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19.
Khairy dalam kenyataan itu menyebut bahawa dalam usaha pembangunan bola sepak, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah melatih 22,575 pemain antara umur tujuh hingga 17 tahun, di bawah kendalian 1,025 jurulatih di 126 akademi seluruh negara.
BACA: Harapan Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia 2019 semakin tipis
"Walaupun kedudukan pasukan negara jatuh pada ranking FIFA yang terkini, kita perlu melihat kepadajangka sederhana dan panjang dengan kesabaran. Perubahan dan peningkatan tidak datang dengansekelip mata.
"Saya sedar kita sudah lama sabar dan menantikan sesuatu, tetapi ingat, kepimpinan FAM baru sahajadipilih pada 25 Mac lalu," katanya.
Dalam pada itu Khairy juga mahu semua pihak supaya mempunyai mentaliti yang positif dan tidak terburu-buru mengkritik bola sepak negara dan kepimpinan FAM tanpa usul periksa.
"Saya sedih melihat polemik bola sepak negara yang menyerang individu-individu tanpa usul periksa, yang memberi tumpuan kepada ayat-ayat gurauan dan bukan kepada intipati sebenar yang serius, yang suka ejek-mengejek dan mencaci-maki. Mentaliti tersebut tidak ada pada negara-negara yang berjaya. Apa yang ada pada mereka adalah set minda yang positif dan mentaliti untuk menang," kata Khairy.
BACA: Usaha perlu dilakukan atur semula dunia bola sepak tanah air - Najib
Beliau juga berharap kepimpinan FAM akan terus mara dan tidak memperdulikan suara-suara yang negatif itu.
"Kita mempunyai barisan kepimpinan FAM yang berwibawa dan diterajui oleh Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempunyai rekod yang cemerlang selaku pemilik JDT. Saya harap kita semua memberi masa kepada baginda untuk membina kejayaan bola sepak negara.
BACA: Prestasi skuad kebangsaan tidak boleh berubah mendadak meskipun Vingada dipecat
"Saya yakin sentuhan magis baginda yang meletakkan JDT di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara. Syaratnya, kita mesti positif dan memberi sokongan kepada FAM untuk buat apa sahaja yang perlu dibuat, mengubah apa sahaja yang perlu diubah, demi menjadikan Malaysia gergasi bola sepak Asia," kata Khairy.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017

KHAIRY: Saya yakin sentuhan magis Tunku Ismail yang meletakkan JDT di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara. -Gambar fail

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

TMJ dedah Sri Pahang, Kedah berkubur musim depan
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, masalah berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).