Dua pasukan ‘favourite’ Kumpulan A Piala Dunia 2014 iaitu Brazil dan Mexico bakal bertarung jam 3.00 pagi nanti.
Perlawanan tersebut akan menentukan siapa yang menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan kedua setelah kedua-duanya menang pada perlawanan di antara Croatia dan Cameroon minggu lalu.
Brazil yang menjadi tuan rumah kejohanan ini telah menundukkan Croatia 3-1 dalam perlawanan pembuka tirai dengan penalti yang dilihat sebagai kontroversi oleh sesetengah pihak.
Meskipun ‘kontroversi’, kehebatan Neymar serta suntikan hantaran-hantaran cantik oleh Oscar telah berjaya mendiamkan pasukan lawan dan juga para peminat bolasepak dunia.
Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari dijangka melakukan beberapa pertukaran malam ini termasuk Hulk yang mengalami kecederaan pada sesi latihan baru-baru ini, serta Paulinho yang mungkin dilihat tidak begitu mantap dalam persembahannya pada perlawanan lepas.
Pasukan Mexico mungkin merasakan ini adalah perlawanan yang sukar bagi mereka, dan berharap agar pemain-pemainnya dapat bertahan daripada dibolosi serangan pemain-pemain Brazil yang licik.
Bagaimanapun pengurus Mexico, Miguel Herrera amat optimis tentang perlawanan pagi nanti. Dalam kenyataannya, Herrera berkata dia tidak terancam dengan kehebatan Brazil.
Herrera yang dijangka akan menggunakan formula yang sama dengan perlawanan di antara Cameroon Jumaat lalu, yakin pasukannya mampu menewaskan Brazil kerana mereka telah pun melakukannya sebelum ini seperti yang dilakukan pada pusingan final Olimpik 2012.
Penyerang mereka, Oribe Peralta akan digadingkan lagi dengan Giovani Dos Santos bagi kombinasi penyerangan yang mantap bagi pasukan El Tri itu.
Perlawanan dijangka sengit dengan lebih separuh permainan didominasi oleh Brazil yang akan sentiasa mencari ruang bagi membolosi benteng pertahanan Mexico. Mexico pula akan lebih banyak melakukan pertahanan berbanding serangan.
Sementara itu dua perlawanan pembukaan Kumpulan H akan berlangsung jam 12.00 pagi dan 6.00 pagi nanti.
Untuk perlawanan di antara Belgium dan Algeria, pasukan Belgium dijangkan berdepan sedikit masalah tanpa penyerang utamanya, Christian Benteke.
Namun, masalah itu dikatakan mampu diatasi dengan adanya Romelu Lukaku sebagai pengganti kepada Benteke.
Difahamkan Algeria mungkin menghadapi sedikit kesukaran menentang pasukan De Rode Duivels itu, kerana mereka sememangnya memiliki ramai pemain-pemain yang berbakat, namun jurulatihnya yakin mereka mempunyai strategi pertahanan yang cukup untuk menyekat serangan Belgium.
Bagi perlawanan di antara Russia dan Korea Selatan pula, ia bakal menyaksikan pertembungan di antara dua pasukan yang bersemangat waja dan tidak mudah menyerah kalah, meskipun nama mereka tidaklah begitu gah di persada Piala Dunia.
Russia dijangka akan menggunakan formasi yang memihak kepada teknik serangan bagi membolosi benteng pertahanan Korea. Namun Korea juga tidak akan ketinggalan melakukan serang balas dengan penyerang-penyerang mereka sendiri seperti, Park Chu-Young dan Son Heung-Min.
Keputusan dijangka seri kerana dilihat peluang bagi kedua-dua pasukan adalah sama.
Haider Yutim
Tue Jun 17 2014
Dua pasukan favourite Kumpulan A Piala Dunia 2014 iaitu Brazil dan Mexico bakal bertarung jam 3.00 pagi Rabu.
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.
42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.
Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.
Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.