awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah

Astro Arena
Astro Arena
24/01/2025
06:38 MYT
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Khidmat Fernandes jelas amat diperlukan awal pagi tadi ketika memacu kemenangan pasukannya mengatasi Rangers 2-1 dalam kempen Liga Eropah.- Gambar fail/Stadium Astro
KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan ketika The Red Devils dalam persiapan berdepan Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, Ahad ini.
Terdahulu, Ruben Amorim menyifatkan skuad kendaliannya mungkin pasukan paling teruk dalam sejarah United susulan selepas tewas kepada Brighton di Old Trafford, minggu lalu.
Malah, khidmat tonggak utama berusia 30 tahun itu jelas amat diperlukan awal pagi tadi ketika memacu kemenangan pasukannya mengatasi Rangers 2-1 dalam kempen Liga Eropah (UEL) selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan.
©lutch. pic.twitter.com/1WNJmTvGPi
— Manchester United (@ManUtd) January 23, 2025
"Sejujurnya kami tahu betapa bermakna kepada penyokong kami untuk memenangi perlawanan ini dan ia turut bermakna buat kami, anda benar-benar mahu memenangi aksi ini.
"Kami bermula dengan baik tahun ini dengan dua perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal. Kami perlu mencari jalan untuk memenangi setiap perlawanan.
"Malangnya, kami dibolosi gol pada lewat permainan dan menjaringkan gol lewat juga untuk meraih kemenangan.
"Di kelab ini anda perlu memenangi setiap perlawanan, jika anda tidak melakukannya, akan ada saat yang sukar.
"Saya harap peminat kami tidak terbiasa dengan kekalahan perlawanan, walaupun telah melalui pengalaman yang sukar." katanya kepada TNT Sports usai perlawanan awal pagi tadi. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kapten Manchester United
#Bruno Fernandes
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan