DENGAN berlabuhnya tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/23 yang menabalkan Manchester City selaku juara, ada banyak statistik baru dikeluarkan yang menunjukkan kelab bimbingan Pep Guardiola diatasi dalam aspek tertentu.
Berbanding juara ‘treble’ itu yang melengkapkan musim paling gemilangnya, Brighton & Hove Albion yang tampil ‘juara’ daripada segi jumlah percubaan ke pintu gol dengan 613, mengatasi Liverpool yang melakukan 605.
City hanya menyusul di tempat ketiga dengan 600 percubaan, sedikit lebih daripada kedua-dua Arsenal dan Manchester United yang masing-masing melakukan 593.
Daripada segi percubaan tepat ke gol sepanjang musim pula, Brighton yang menamatkan musim di tangga keenam dengan 62 mata – 27 mata di belakang City -- turut di depan dengan 232, disusuli City 219, Liverpool 212, United 215 dan Arsenal 204. Menurut statistik yang dikeluarkan laman web www.premierleague.com, kelab bimbingan Roberto De Zerbi itu, bagaimanapun, dipintas Tottenham Hotspur daripada segi ketepatan percubaannya.
Siapa pula pemain yang melakukan paling banyak percubaan?
Teratas dalam senarai ialah penyerang Spurs, Harry Kane, yang bukan saja di depan dalam jumlah percubaan, malah yang tertinggi dalam percubaan tepat ke gol, disusuli oleh Mohamed Salah dan Erling Haaland.
Bintang City, Haaland, yang menyumbat sejumlah 36 gol daripada 35 perlawanan EPL, memiliki lebih ketepatan dalam percubaannya daripada Salah.
Pasukan mana yang melakukan yang terbaik untuk gol-gol yang dijangkakan?
Metrik gol dijangkakan adalah satu model yang digunakan untuk menilai setiap peluang jaringan dan kebarangkalian menghasilkan gol.
Arsenal tampil selaku yang terbaik daripada segi menyempurnakan peluang yang diraih kepada jaringan, dengan menyumbat sejumlah 88 gol keseluruhannya.
Sebaliknya, Chelsea adalah pasukan yang paling berhempas-pulas untuk menggunakan peluang-peluangnya dengan hanya menjaringkan 38 gol daripada 51 jaringan yang dijangkakan.
Kane pula adalah penyerang terbaik yang menterjemahkan peluang kepada gol – peluangnya untuk membuat jaringan ialah sebanyak 21.5 gol tapi dia sebenarnya menyumbat 30, lebih daripada jangkaan.
Pemain mana yang melakukan paling banyak terjahan dan hadangan? Susulan ketibaannya pada musim panas 2022, Joao Palhinha membuat impak serta-merta di Fulham dengan membantu kelab itu melonjak ke tangga ke-10 selepas dinaikkan daripada Liga Kejuaraan.
Pemain tengah itu beraksi dalam 35 perlawanan dalam musim pengenalannya dan melakukan 148 terjahan sebagai menunjukkan sumbangan besarnya kepada kelab kendalian Marco Silva itu. Pemain-pemain lain yang menyinar termasuk Moises Caicedo yang membantu Brighton & Hove Albion melayakkan diri ke peringkat Eropah buat kali pertama.
Tidak ketinggalan juga Casemiro, yang memainkan peranan besar dalam membantu United menamatkan kemarau enam tahun tanpa trofi di samping layak ke saingan Liga Juara-Juara semula. Di sebalik Everton sekadar terselamat dalam EPL untuk semusim lagi, bek tengahnya James Tarkowski cemerlang melakukan 76 hadangan.
Ben Mee turut menikmati musim pengenalan yang menakjubkan bersama Brentford dengan melakukan 39 hadangan dalam membantu kelab itu berkesudahan di tangga kesembilan.
Astro Arena
Mon Jun 26 2023
Daripada segi percubaan tepat ke gol sepanjang musim pula, Brighton yang menamatkan musim di tangga keenam dengan 62 mata turut di depan dengan 232, disusuli City 219, Liverpool 212, United 215 dan Arsenal 204. - Foto Astro ARENA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Manchester United diaibkan Nottingham Forest di Old Trafford
The Red Devils tunduk mengalah buat kali pertama di laman sendiri di bawah bimbingan Amorim selepas mengharungi lima perlawanan.
EPL: Cuaca buruk tunda aksi Everton-Liverpool
Langkah itu diambil selepas perbincangan di Goodison Park yang melibatkan Kumpulan Penasihat Keselamatan.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
AstroBiz perkasa pengalaman tontonan sukan melalui BizOne Watch Party di sBRJ
AstroBiz terus memperkukuh pengalaman tontonan sukan rakyat Malaysia melalui inisiatif BizOne Watch Party, sebuah acara interaktif yang kini menjadi tumpuan utama di restoran dan kafe terpilih.
EPL: Aksi cemerlang Salah pastikan Liverpool tambah kekusutan kem Manchester City
Mohamed Salah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Liverpool menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield.
City rapuh, Liverpool waspada
Namun, Slot tidak terlalu mempedulikan kejatuhan prestasi penyandang juara itu menjelang pertembungan 'panas' di Anfield, tengah malam ini.
Ruud Van Nistelrooy diumum pengurus baharu Leicester City
Leicester City mengesahkan bahawa Ruud Van Nistelrooy kini berperanan sebagai pengurus pasukan itu selepas pemecatan Steve Cooper.