KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe masih menaruh harapan terhadap sebahagian besar pemain sedia ada berbanding muka baharu menjelang saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun depan.
Cheng Hoe turut menolak untuk bereksperimen apabila mengekalkan lebih 70 peratus barisan pemainnya sebelum ini pada kem latihan pusat pertama pasukan kebangsaan dalam tempoh 16 bulan, yang akan bermula Isnin depan di Johor Bahru.
Jelasnya, cabaran dari segi kesuntukan waktu serta peluang aksi persahabatan yang masih samar antara faktor yang menyukarkan beliau membuka peluang kepada pemain baharu dan mengutamakan pemantapan mutu permainan dan kombinasi kalangan pemain dalam skuad sedia ada.
"Barisan kejurulatihan sentiasa memantau perkembangan setiap pemain dalam saingan Liga Super dan Liga Premier tetapi dalam masa terdekat memang kita tidak boleh beri peluang kepada ramai muka baharu.
"Saya perlukan pemain tonggak utama (skuad negara) untuk menjalani latihan sebab banyak lagi yang perlu ditingkatkan pasukan tetapi pintu skuad negara sentiasa terbuka untuk mana-mana pemain yang menunjukkan prestasi baik," katanya kepada Bernama hari ini.
Menjelang kem latihan pusat tersebut, Cheng Hoe menyenaraikan 17 daripada 23 pemain skuad negara dalam dua aksi terakhir kelayakan pada November 2019 dan memanggil 11 pemain termasuk tonggak naturalisasi terbaharu negara Guilherme de Paula untuk melengkapkan senarai 28 pemain.
Senarai tersebut mendapat pelbagai reaksi mereka yang berkenaan, khususnya peminat dan media yang rata-rata mempersoalkan pemilihan pemain oleh jurulatih berusia 52 tahun itu termasuk menyenaraikan pemain yang tidak mempunyai minit permainan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Namun, bekas pengendali Kedah itu menegaskan ketika ini beliau masih memiliki kepercayaan tinggi terhadap kemampuan barisan pemain sedia ada yang telah bersama beliau sejak kempen saingan bermula.
"Saya rasa setiap kali ada panggilan kem latihan pusat mesti ramai tidak puas hati dengan senarai pemain tetapi yang penting bagi saya mereka (pemain) masih relevan untuk skuad kebangsaan kerana rata-rata pemain sudah bersama dengan saya dan juga menyumbang sesuatu kepada pasukan.
"Jadi saya harap mereka masih boleh memberi sesuatu kepada skuad kebangsaan, dan kalau kata dari segi tiada minit permainan, kita kena lihat dari segi bakat, dari segi kemampuan pemain itu saya rasa boleh memberi sesuatu kepada skuad kebangsaan," jelasnya.
Cheng Hoe juga menolak tanggapan bahawa keputusan mengadakan latihan di Johor Bahru berbanding di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya kali ini bertujuan mengelak daripada media.
Malaysia dijadual meneruskan baki saingan aksi kelayakan yang tertangguh lebih setahun susulan penularan pandemik COVID-19 secara berpusat menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun), kesemuanya di UAE.
Malaysia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan sembilan mata selepas lima perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
CHENG HOE: Barisan kejurulatihan sentiasa memantau perkembangan setiap pemain dalam saingan Liga Super dan Liga Premier tetapi dalam masa terdekat memang kita tidak boleh beri peluang kepada ramai muka baharu. - Gambar fail
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.