Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Ong Kim Swee tidak mahu terlalu memikirkan untuk membalas dendam apabila pasukan negara bertemu Myanmar dalam perlawanan kedua kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur di sini malam esok.
Beliau hanya mahu anak buahnya mengekalkan persembahan baik ketika mereka
mengalahkan Singapura 1-0 semalam.
"Kita menentang mereka tahun lalu dan kebanyakan pemain mereka adalah pemain
yang sama dan saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang sengit seperti yang mereka telah buktikan (selepas seri 1-1) dengan Thailand semalam.
"Saya tidak percaya untuk membalas dendam. Apabila kita berfikir untuk membalas dendam, ia bermakna kita mempunyai perasaan yang sangat buruk. Kita perlu belajar dari kekalahan kita dan cuba mendapat keputusan yang baik ketika menentang mereka (esok)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Myanmar meranap harapan Harimau Muda untuk menempah tiket ke kejohanan sulung Piala Asia Bawah 22 Tahun pada 2014 apabila menewaskan Malaysia 2-1 pada perlawanan kelayakan di Myanmar tahun lalu.
Kim Swee mahu pemainnya memberi perhatian kepada tiga pemain Myammar iaitu ketua pasukan Kyaw Zayar Win, pemain midfield Kyi Lin dan penyerang Kyaw Ko Ko yang boleh menggugat barisan pertahanan negara.
"Kesemua mereka bijak menggelecek bola, sangat laju dan mampu mencipta masalah di barisan pertahanan lawan.
"Kita juga perlu berhati-hati kerana pemain mereka telah bermain bersama sejak tahun lalu. Apa yang kita perlu lakukan ialah meningkat prestasi permainan kita seperti ketika kita menentang Singapura," katanya dan menambah beliau akan membuat beberapa perubahan kelak bergantung kepada keadaan cuaca dan padang.
Pengurus Myanmar Tin Myint Aung pula berkata mereka akan bermain seperti ketika menentang Thailand yang berkesudahan seri 1-1.
"Setiap pemain merungut keletihan selepas menentang Thailand di padang yang becak di mana mereka terpaksa banyak mengejar bola yang sering tersangkut.
"Namun saya harap mereka kembali cergas ketika menentang Malaysia," katanya.
Bernama
Sun Sep 08 2013
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.
Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.
Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.
Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.