PHNOM PENH: Malaysia gagal mencapai sasaran layak ke final selepas tewas kepada juara bertahan, Vietnam 1-2 pada aksi ketiga Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 yang menyaksikan skuad Harimau Muda menamatkan permainan dengan sembilan pemain, malam ini.
Kekalahan di Stadium Prince di sini, cukup untuk menafikan hasrat menggunung skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir selepas hanya mengumpul tiga mata daripada tiga perlawanan setakat ini.
Vietnam pula yang mencatat kemenangan ketiga berturut-turut akan mengiringi Thailand ke pusingan kalah mati selepas kedua-duanya berkongsi sembilan mata di kedudukan teratas.
Pada aksi 'hidup atau mati' malam ini, Elavarasan yang membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama yang tewas kepada Thailand Sabtu lalu, terkedu apabila pasukan negara ketinggalan seawal minit ketujuh berpunca gol sendiri pemain pertahanan Ahmad Zikri Mohd Khalili.
Pemain Selangor FC itu tertampan bola ke gawang sendiri ketika bergelut mengeluarkan bola sepakan penalti Nguyen Van Tung yang berjaya diselamatkan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Vietnam kemudian menambah derita skuad Harimau Muda dengan gol kedua menerusi tandukan Van Tung yang menyambar hantaran lintang Vo Minh Trong pada minit ke-33.
Namun, menghampiri rehat, Malaysia berjaya mengurangkan defisit jaringan selepas pemain tengah Mohd Aiman Afif Md Afizul menyambar bola tangkapan kurang kemas penjaga gol yang juga kapten Vietnam, Quan Van Chuan ketika cuba menyelamatkan sepakan percuma pada minit ke-43.
Penyerang Muhammad Aliff Izwan Yuslan terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas rembatannya tinggi melewati palang tatkala hanya perlu menewaskan Van Chuan di gawang.
Nasib sama turut dialami Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal selepas pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) II itu terlepas dua peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan masing-masing pada minit ke-53 dan minit ke-62 dengan Van Chuan menjadi penyelamat.
Momentum anak buah Elavarasan yang giat melancarkan serangan ke kubu pertahanan Vietnam dalam usaha mencari gol penyamaan terencat apabila pengadil dari Jepun, Jumpei Lida mengarahkan Muhammad Safwan Mazlan dan Muhammad Najmudin keluar padang susulan menerima kad merah.
Muhammad Safwan yang dimasukkan sebagai pemain gantian dilayangkan kad merah kerana mengasari Nguyen Thanh Nhan dalam kotak penalti pada minit ke-79 sebelum Muhammad Najmudin mengutip kad kuning kedua kerana kesalahan menjatuhkan Thanh Nhan tiga minit berselang.
Dengan tersingkirnya pasukan negara daripada saingan kumpulan, anak buah Elavarasan mengulangi episod edisi 2019 di Manila, Filipina, selepas turut 'pulang' awal apabila menamatkan saingan kumpulan di kedudukan keempat. Edisi 2021 di Hanoi, Vietnam, Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat.
Malaysia yang kali terakhir merangkul emas pada edisi 2011 di Indonesia akan menamatkan baki aksi kumpulan menentang Singapura di venue sama, Khamis ini.
Dalam pada itu, Thailand mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir selepas membenam Laos 4-1 dalam satu lagi aksi kumpulan pada sebelah petang di venue sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir. - Bernama
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.