LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan amaran tidak akan berkompromi dengan pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji dan hutang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan selepas tarikh akhir menghantar dokumen kewangan kelab berakhir pada Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, kelab yang mempunyai masalah hutang dan tunggakan gaji tidak akan diberikan lesen kebangsaan seperti yang berlaku kepada Sarawak United dan Melaka United musim ini.
Menurutnya, MFL mengambil serius isu tersebut dengan Kelantan FC menjadi antara pasukan yang mengalami masalah kewangan termasuk tunggakan gaji pada musim ini.
"Jumaat merupakan tarikh tutup hantar dokumen kewangan pasukan. Tarikh tutup untuk hantar semua dokumen adalah pada hujung bulan ini dan pengumuman pasukan yang mendapat lesen kebangsaan 2024 pada pertengahan bulan depan. Saya boleh kata MFL akan pastikan semua pasukan memulakan liga musim depan di luar hutang.
"Tidak meluluskan lesen kebangsaan akan menjadi tindakan terakhir dan bila perlu. Apabila kita ambil tindakan tegas ke atas Sarawak United dan Melaka United tahun lepas, ia adalah selepas beberapa peringatan dan langkah untuk memastikan mereka dapat selesaikan masalah tersebut.
"Bukan niat kami untuk tendang pasukan keluar, tetapi integriti dan kestabilan liga menjadi keutamaan MFL. Mana-mana kelab yang mempunyai tunggakan gaji dan hutang akan menjadi stigma kepada kelab yang tidak bermasalah," katanya pada Jumaat.
Untuk musim ini, Sarawak United tidak diberikan lesen kebangsaan selepas First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati pasukan itu antaranya gagal memenuhi kriteria kewangan dan melunaskan gaji pemain.
Manakala, Melaka United pula didapati gagal melunaskan tunggakan gaji kepada pemain.
Sebelum ini, Kelantan menjadi antara tumpuan selepas berdepan pelbagai kemelut dalaman sehingga turut menjejaskan prestasi pasukan pantai timur itu.
"Kami harap pada Oktober nanti, tiada pasukan yang tidak dapat lesen. Di pihak MFL dengan hala tuju lembaga pengarah yang diterajui Datuk Ab Ghani Hassan mengambil serius isu hutang dan gaji ini.
"Untuk tahun ini kes Kelantan FC menjadi tular dan saya harap pasukan itu akan dapat selesaikan masalah mereka sebelum hujung musim ini," katanya yang memaklumkan MFL akan menyemak dokumen kewangan yang telah dihantar oleh pasukan pada Isnin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 17 2023
Stuart berkata, MFL mengambil serius isu tersebut dengan Kelantan FC menjadi antara pasukan yang mengalami masalah kewangan termasuk tunggakan gaji pada musim ini. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
Sesi temu duga kelab Liga M3 minggu depan
Pihak FIB juga telah menerima dokumen tambahan diperlukan daripada pasukan terlibat pada Jumaat sebelum sesi tersebut berlangsung.
Saingan Liga-M ikut kalendar AFC bermula tahun depan
MFL kini masih dalam perbincangan bersama kelab bola sepak tanah air untuk memulakan perubahan itu bermula tahun depan.
'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Pelaksanaan sistem VAR bukan sahaja memenuhi tuntutan bola sepak semasa, malah permintaan pemain dan pasukan serta keinginan penyokong.
MFL kekalkan harga tiket final Piala FA 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan berkenaan dikekalkan seperti aksi final tahun lepas.
Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.