awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan

Bernama
Bernama
20/12/2024
12:58 MYT
BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
BWF telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan dan pengaturan perlawanan.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan dan pengaturan perlawanan.
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.
Dalam kenyataan rasmi hari ini, BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan sejak 2018 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat mengenai perlawanan badminton bermula pada 2021.
Menurut BWF keputusan itu diumumkan oleh Panel Pendengaran Bebas (IHP) selepas mendengar kes pada 15 Nov lepas.
Sementara itu, Jerry Gan mengakui penglibatannya dalam pertaruhan dan kegagalannya melaporkan pembabitan Daren dalam kegiatan tersebut.
"Bukti yang dikemukakan termasuk rekod panggilan telefon, dokumen kewangan, dan perbualan yang menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti haram ini," menurut BWF.
Pendengaran kes tersebut diadakan pada 6 hingga 7 Jun, di mana panel mendapati Daren terbabit dalam pertaruhan, mengawal akaun pertaruhan, dan menyembunyikan maklumat penting daripada BWF.
Daren juga memilih untuk tidak mengemukakan bukti langsung dalam perbicaraan itu. Panel turut tidak ragu bahawa Daren telah meletakkan pertaruhan dalam kejohanan badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BWF
#gantung
#Liew Daren
#Jerry Gan
#atur perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan