KUALA LUMPUR: Teknik 'spin serve' (servis putaran bulu tangkis) yang diperkenalkan oleh pemain beregu lelaki Denmark, Marcus Rindshoj, kini telah dilarang sementara di semua kejohanan diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Mei ini.
BWF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan larangan itu termasuk pada Kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China bermula Ahad ini hingga 21 Mei serta Malaysia Masters di Arena Axiata, di sini, dari 23 hingga 28 Mei ini.
Kedua-kedua kejohanan tersebut menawarkan mata untuk kelayakan Olimpik Paris 2024.
'Spin serve' yang sukar dibalas oleh lawan pertama kali dilaporkan diamalkan oleh Rindshoj pada perlawanan pusingan kedua Terbuka Poland 2023, pada Mac lalu.
Berdasarkan video yang dikongsi di internet, 'spin serve' ialah teknik di mana pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket, yang menambah putaran dan menyukarkan lawan untuk membalas pukulan.
BWF berkata, majlis badan induk dunia itu telah meluluskan keputusan bahawa pemain hanya boleh melepaskan bulu tangkis tanpa menambah putaran sebelum melakukan pukulan.
Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer, berkata mereka telah menerima maklum balas daripada komuniti badminton, termasuk Suruhanjaya Atlet BWF, bahawa servis itu boleh memberi kesan negatif kepada permainan.
"Ia juga diperhatikan secara dalaman bahawa 'spin serve' ini mempunyai banyak ciri yang serupa dengan 'servis Sidek', yang tidak dibenarkan. Oleh itu, panel pakar mengesyorkan untuk tidak membenarkan teknik ini sehingga rundingan lanjut dengan semua negara anggota badan dunia itu pada mesyuarat agung tahunan pada 27 Mei ini.
"BWF juga mahu mengelak senario di mana Piala Sudirman akan datang dan kejohanan antarabangsa lain, boleh menjadi platform untuk menguji 'spin serve' baharu dan akhirnya mengganggu pertandingan.
"Oleh itu, Majlis BWF merasakan yang terbaik untuk mengenakan variasi eksperimen ini untuk tidak membenarkan 'spin serve' sehingga Majlis BWF bersidang semula pada 29 Mei untuk perbincangan lanjut," katanya.
Badan dunia itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), pada 1982 telah mengharamkan 'servis Sidek',dengan cara sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pulak menghala ke arah lawan sehingga pukulan servis menyukarkan pemain lawan membalas pukulan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
'Spin serve' ialah teknik di mana pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket, yang menambah putaran dan menyukarkan lawan untuk membalas pukulan. - Youtube Tobias Wadenka
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerajaan juga perlu tangani jurang pencen veteran tentera - RAFOC
Kenaikan gaji kakitangan awam adalah langkah positif, tetapi penting juga bagi kerajaan untuk menangani jurang pencen yang dihadapi veteran.
Kumpulan kedua petugas haji, 14 pengamal media berlepas ke Arab Saudi hari ini
Dua editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara pengamal media yang akan mengadakan liputan haji tahun ini.
Keterangkuman kewangan lonjakkan ekonomi digital, tanpa tunai
Pengarah Eksekutif Kiple, Norhizam Abdul Kadir dalam perbincangan dalam usaha menggalakkan pembangunan ekonomi, pengurangan kemiskinan, dan kesaksamaan sosial dengan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membina aset, menguruskan risiko, dan meningkatkan kesejahteraan kewangan, tanpa mengira tahap pendapatan, lokasi, jantina, umur, atau ciri-ciri lain.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
AWANI Pagi: Perkhidmatan Awam: Gaji naik, produktiviti meningkat?
Susulan pengumuman Perdana Menteri atas kenaikan gaji penjawat awam.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
BWF larang sementara teknik 'spin serve'
Teknik itu kini telah dilarang sementara di semua kejohanan diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Mei ini.